Tengku Thaka - Part 4




Terduduk dia. Terkejut.

Lembaga tanpa kepala, dengan pakaiannya berdarah sedang tersangkut di bahagian belakang, betul-betul berdekatan tayar bas. 

"Tadi kan tak ada? Kenapa tiba-tiba ada?" Farizal mengurut dadanya sendiri. 

"Ada saja tadi. Kau saja tak beri perhatian." Sang saka berbisik.

"Jadi, aku patut buat apa ni, menggelabah ke?" 

"Ha ha ha! Saka istana nak menggelabah apa, ni cuma sejenis hantu yang menyamar. Sebagai Tengku Thaka, kau kena tahu, mereka ini meniru saja imej-imej manusia yang mati ngeri kemalangan di jalanraya. Padahal mereka juga ada bentuk asal. Dari api seperti aku. 

Tiada gentayangan. Tiada roh manusia terlepas ke dunia nyata. Semuanya setelah kembali ke alam baqa, tiada satu pun terlepas keluar dari alam kubur sana.

Yang ada cuma penglipur lara menakut-nakutkan berkait mati. Alah, manusia takut mati, tidak takut dosa. Ha ha ha!"

Farizal diam saja. Membuka langkahnya untuk kembali ke dalam bas, namun dirasakan kakinya berat. Ada sesuatu yang menahannya.

Dia tundukkan kepalanya. Melihat. Sekali lagi dia tersentak bila lembaga ngeri tadi sedang bergantungan di betisnya, memeluk erat sebelah kakinya.

"Dia main pegang kaki pula. Macam mana ni?"

"Kau kan Tengku Thaka. Apa nak takut. Petikkan jarimu." Sang saka berbisik lagi dan lagi.

TUP!

Sejurus Farizal memetikkan jari, sekelilingnya berhenti seketika. Dia lihat pemandu bas tidak bergerak, orang-orang di atas bas juga diam kaku.

"Masa berhenti ke?"

"Tak, kita tak boleh hentikan masa, kita cuma beralih dimensi saja antara nyata dan ghaib."

"Untuk?"

"Untuk tidak kelihatan seperti orang gila yang bercakap seorangan, untuk tidak kelihatan meracau, untuk orang tak nampak pun apa yang sedang berlaku sekarang di ruangan dimensi ini.

Orang cuma akan nampak kau sedang termenung diam melihat tayar bas, bagai tiada apa yang berlaku. Sedangkan di dimensi ini, kau bergerak bebas buat benda lain."

"Contohnya?"

"Contohnya, sebagai seorang tengku, kau nak kotorkan kaki kau dengan darah si bodoh ini ke?" Sang saka sinis sambil ketawa.

"So?"

Farizal a.k.a. Tengku Thaka ah!" Sang saka bengis.

DUSHH!

Farizal a.k.a. Tengku Thaka menumbuk deras lembaga yang memegang betisnya hingga bergegar tanah sekitar. Lembaga itu terperosok ke dasar tanah yang retak.

Kuat tenaga Tengku Thaka. Barulah jejaka itu faham, apa itu kekuatan batin. Zaman dulu, bila para pendekar berperang, sekali tunjal, dua tiga orang rebah, sekali tampar, terus tak sedarkan diri. Inilah hakikat kekuatan kebatinan. Dalam ilmu pertahankan diri agama lain, dikenali sebagai chakra dalam sanskrit. Ada tujuh titik pembuka kekuatan batin. Ah, abaikan.

Ini bukan kekuatan biasa-biasa. Kekuatan sang saka. 

Lembaga berdarah tanpa kepala itu bangun segera. Farizal tidak pasti reaksinya marah atau selamba. Tanpa kepala, tak dapat mengagak riak mukanya.

"Kau siapa?!" Lembaga itu bertempik, namun ada nada sakit.

"Aku, Tengku Thaka." Mata Farizal merah saga. Baju zirah keemasan nampak tenggelam timbul dari badannya. Aura kepahlawanan sedia berperang menyerlah.

"Kenapa masuk campur hal aku?! Tempat kau bukan di sini!!" Sekali lagi tempikan ngeri ke telinga Tengku Thaka. Pelik. Macam mana boleh bersuara tanpa kepala.

Dia berpaling ke kiri. Oh. Patutlah. Kepalanya yang kemek putus berterbangan di sebelah kiri telinga Tengku Thaka. Tanpa butir mata. Hidung patah dan menampakkan rahang muka yang sudah buruk dimamah ulat.

DUSHH!!

Tumbukan padu dihalakan ke muka lembaga itu sehingga melantun ke tanah, tergolek-golek berdarah.

"Banyak cakap. Dahlah mulut busuk. Kau, bukan lawan akulah. Bila masa aku kacau kau, kau yang pegang betis aku. Kau nak blah atau kau nak beradu tenaga dengan aku?

Akan aku lumatkan kau jadi macam dodol. Ha ha ha!" Tengku Thaka bercekak pinggang, mengilai ketawa pada lembaga itu.

Kepala tadi bergolek-golek naik ke badannya, bercantum kembali.

"Aku nak melawan! Kau, kenapa melawan bangsa sendiri?!"

"Banga sendiri? Bila masa kau di tahap aku? Aku dari istana, kau, cuma kasta paling bawah. Level pencacai najis!

Dah, jangan cakap banyaklah! Mari!"

ZING!

Pedang bersalut emas muncul di tangan Tengku Thaka, besarnya selebar dua peha dan panjang hampir satu kaki. Makhluk ngeri tadi kelihatan bengis, marah, namun teragak-agak.

ZUPP!

Sekali libas, makhluk tadi terbelah dua. Segala jenis organ dalam badannya terburai ke tanah. Jatuh ke bumi bertaburan. 

Tengku Thaka ke depan dan meletakkan kakinya di muka sang hantu jalanan, pijak sampai lumat.

"Jangan muncul lagi di hadapanku, sampah."

TUP!

Dimensi kembali normal. Pemandu bas kata, bas dah kembali okay. Menyuruhkan para penumpang naik semula, masuk ke dalam. Perjalanan diteruskan.

Farizal berjalan naik, senyum kambing. Mereka tak tahu, Tengku Thaka yang bereskan hantu jalanan tadi. 

Senyum. Puas. Dalam hatinya terselit rasa angkuh dan bangga. Inilah yang berlaku bila bersebati dengan sang saka kutuk. Kadang-kadang terasa normal seperti manusia, kadang-kadang terasa seperti syaitan - perangai dan kelakuan. Ah, Farizal tak peduli.

Menolak pun, sang saka ini akan masuk. Membantah, melawan, masuk juga. Yang mudah adalah mewarisi tanpa disakiti.

***

Tiba di asrama. Nampak saja cafe, segera dia berlari. Beli nasi dua pinggan. Penuh lauk ayam. Bayar lebih pun dia tak kisah. Lapar yang amat. Dengan lahapnya makan.

"Bodoh, cover sikitlah. Nanti orang cakap aku pelik." Farizal berbisik pada sang saka.

Kelakuannya kembali normal. Sang saka dengar kata. Beri kerjasama dengan baik. Makan dengan perlahan-lahan kembali.

Selera makan besar, tapi berat badan tetap normal. Saka.

Jejaka itu mencampakkan begnya atas katil. Terus berbaring. Penat. Rakan biliknya tak ada, keluar mungkin. Dia terlelap. Penat.

Azan Zohor berkumandang membangunkannya dari mimpi lena. 

"Kau nak pergi mana?" 

"Solatlah, aku orang Islam."

"Ha ha ha! Dah syirik pun masih Islam?" Gelak sang saka dalam bisikan.

"Hei saka bongok, aku bukan bela kau, kau yang menumpang aku. Faham?"

Normal. Seperti biasa. Walaupun sudah berwuduk dan mahu solat. Sang saka tidak berpisah dengannya. Bezanya, hanya berada di sebelah badan, tidak berada di dalam. Panas katanya. Namun, tidak cukup panas untuk membakar dirinya. Ye lah, iman tidak sekuat Khalifah Umar Al-Khattab sehingga syaitan pun larikan diri daripadanya.

Selesai solat, Farizal baca Al-Quran pula. Sang saka dilihatnya menjauh sedikit. Namun, masih dekat. Sengaja dia bereksperimen, nak mengenali parasit yang berdamping dengannya. 

Oh, begitu rupanya.

***

Malam menjelma lagi. Rakannya baru sampai dengan helmet di tangan.

"Eh, kau dah ada, Jal?"

"Ya lah, nak harap kau datang ziarah abang aku meninggal, haram nak nampak muka kau. Tak guna punya kawan."

"Sorrylah, Jal. Awek aku buat hal dowh. Aku kena keluar bawa dia jalan-jalan, ronda-ronda di mall, baru hilang perangai setan dia. Barang baik mesti dijaga, bro." Hanif kawannya tersengih-sengih buat muka tak bersalah. 

"Baguslah tu, stok pakai buanglah tu. Nanti nak kahwin, kau nak kahwin dengan Salmah awek tudung labuh asrama puteri tu kan?"

"Ha ha ha! Rileklah bro, biasalah. Gila kau nak buat awek seksi jadi isteri? Rosak anak-anak keturunan aku nanti. Nak pakai tudung, nak tutup pakai baju elok-elok pun susah. Mesti anak-anak aku nanti dia nak suruh ikut gaya dia. Nak mampus? Ambil Salmah tu, bolehlah juga ajar anak-anak aku baca Quran. Nampak tangan pun boleh masak tu.

Awek aku sekarang memang cun melecun, tapi haram perangai. Nak perhatian, nak kasih sayang, nak puji-pujian saja. Henfon tak lepas di tangan. Nak hidup famous saja di Instagram. Duit, cantik, duit, cantik. Tu je kehidupan. Barai aku Jal."

Farizal senyum kambing saja. Memang lelaki macam ni pun, couple nak lawa, kahwin nak yang baik. Ceh.

"Dah, aku nak tidur. Kau layanlah awek kau tu." 

"Adoi, baru saja balik, dah buat hal lagi. Merajuk lagi. Gila psiko!" Hanif menggerutu pening.

"Ha ha ha! Kau yang pilih nak dipsikokan, layan kepala jelah woi!"

***

Pukul 3 pagi.

Hening malam. Bilik jejaka itu dah gelap. Kawannya pun dah lena. 

KREET....KREET...KRRREETTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT! KRRR!!

Bunyi cakaran kuat di silingnya. Farizal terjaga dari lenanya. 

"Benda apa?" Dia mendongak ke siling. 

"Tengku, bersedialah." Sang saka berbisik.

"Hmm?"

SKREETTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT!!!


Bersambung...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!