Mungkin - Part 14



"Tengok tu!"

Aku tajamkan pandangan ke arah tempat yang Hani tunjukkan.

"Apa dia?"

Dia melompat dari motorsikal tu cepat-cepat.

"Tudung banyak tu macam-macam kaler! Jomlah singgah jap!"

Perempuan ni kan. Aku tembak jugak dekat sini kang. Sabar sajalah.

"Kau pergi sajalah! Aku tunggu sini."

Dia membuka kedua telapak tangannya padaku.

"Apa lagi?"

"Duit!"

"Kau tak ada duit ke?"

"Awak tu bawa saya je keluar dari rumah. Tak ambil dompet saya sekali dah kenapa?"

Hah. Ye lah.

***

Lama betul. Stress aku tunggu. Memang sini, kain-kain, pakaian dan tudung-tudung memang agak murah berbanding di Malaysia. Dengar kata, founder tudung di tempat kita pun beli kain bergulung-gulung dari sini atau buat di sini terus. Kemudian harga cekik darah bermodalkan model-model cantik ketika marketing.

Tak lama kemudian, perempuan tu datang dengan satu plastik besar tudung.

"Nak buat apa banyak-banyak ni?!" Aku dah bengang. Dah tahu dalam misi bahaya, bukan nak datang shopping. Geram betul aku.

"Biarlah. Hobi."

"Dah, geraklah."

"Tak nak. Nak pergi kedai pakaian depan tu pula."

"No!"

Aku hidupkan motor. Tapi, krik krik. Motor tak nak hidup. Mungkin dah rosak sebab jalan jauh tak berhenti sepanjang malam.

"Hah, tu lah. Kedekut. Kan Tuhan dah balas cash."

Aku turun dari motosikal dengan helmet yang tidak ku tanggalkan dari kepala. Berjalan kaki. Melihat sekeliling. Perempuan tu mengikuti saja.

"Kita nak ke mana?"

"Cari kenderaan lain."

"Kita nak beli kereta ke?"

Aku diam tak jawab. Jumpa satu tempat ni, money changer. Berhenti. Tukar duit dollar ke duit tempatan. Dalam 8 ribu dollar nak tukar. Banyak juga dapat.

Berjalan dan berjalan. Dengan backpack kiri kanan.

"Okay, sini."

Kami berhenti di sebuah kedai motosikal.

"Kita nak beli motor ke?"

Macam tak ada motosikal baru. Macam kedai motosikal klasik. Aku tengok ada dua biji Suzuki GSX-R250. Tahun 1987. Aku masuk dan deal. Ngam-ngam harganya dengan duit yang ditukar tadi.

"Kenapa dua?"

"Kau nak bonceng motor dengan aku ke?"

Hani menggelengkan kepalanya. Ku hulurkan helmet Vintage Shoei Eddie Lawson pada perempuan tu.

"Kau reti bawak tak benda alah ni?"

Hani tersenyum sinis.

"Awak ingat saya tak ada lesen motor ke? Jangan pandang perempuan sebelah matalah."

Penjual tu tolak motosikal yang kami beli ke luar kedai. Sedia untuk dinaiki. Aku bagi Hani sandang beg berisi duit. Tudung yang dia beli tu sumbat dalam tu semua. Aku bawa backpack senjata api.

Perempuan tu dah berada atas motosikalnya. Dah pulas-pulas throttle minyak. Tak sabar. Aku hampirinya. Letakkan jaket leather di belakangnya.

"Pakai tu. Sarung tangan sekali."

Dia memandangku sambil senyum.

"Care juga awak ya? Terima kasih."

Aku tak jawab. Aku cuma rasa, tak sesuai dia pakai t-shirt begitu saja naik motor.

"Anyway, saya ada beli sesuatu untuk awak tadi. Nah."

Dihulurkan padaku sehelai neck face cover mask, topi hitam dan cermin mata Ray-Ban.

"Pakailah. Obvious sangat pelik kalau awak pakai topeng tu. Takkan awak nak pakai helmet dengan topeng jalan-jalan?"

Aku palingkan wajah, buka topeng dan sarungkan neck mask yang diberikan, menutupi dari bahagian leher ke atas hidung. Ku pakai spek yang diberikan untuk menutupi parut yang terlihat di bahagian mata. Sebahagian rambutku mengurai menutupi dahi dan kening. Cela di kening tidak kelihatan.

Dia tersenyum melihatku.

"Done. Jom gerak."

Dua buah motosikal bergerak meninggalkan bandar Ben Than. Tak sangka, perempuan ni boleh bawa motor dengan baik. Tak pasti sama ada lesen B2 atau lesen B yang dia miliki. Janji tak menyusahkan aku sepanjang perjalanan.

Keluar dari kawasan bandar menuju ke Thailand. Sekali lagi dari kawasan membangun ke kawasan perkampungan.

Namun, bila ku melihat melalui cermin sisi motosikal, ada sesuatu yang tak kena.

***

Beberapa buah motosikal dalam kumpulan datang menghampiri kami. Cuba memintas.

"Hani, pecut!"

Kekalutan sedikit perempuan tu bila dalam situasi begitu. Mereka masih mengekori dengan laju. Hinggalah kami sampai ke satu kawasan yang di kiri kanannya hutan. Di situ mereka berjaya memintas.

Aku terpaksa membrek mengejut. Begitu juga perempuan di depanku. Segerombolan mat motor melingkungi kami sekarang.

Dengan kayu berpaku di bahu mereka. Gengster jalanan keparat saja ni.

"Duit! Bagi duit tu!"

Oh. Rupanya mengekori sebab duit. Aku perhatikan betul-betul. Yang ketua mereka ni macam...oh. Okay. Staf kedai motosikal tadi. Patutlah.

"Kalau aku tak bagi?"

"Kalau tak bagi, kau dua orang, mampus!" Dalam masa yang sama, disuruh beberapa anak buahnya menyerang Hani. Cuba merampas beg.

Heh. Aku senyum kambing di sebalik mask.

PRENGGG!

Aku wheeliekan motosikal dan merempuh dua lelaki yang cuba mendekati Hani. Melambung mereka ke samping. Tinggal lagi enam lelaki.

"Tak guna!" Dan entah apa lagi mereka memaki hamun dalam bahasa tempatan.

Ku pulaskan minyak. Lepaskan motor yang sedang mencanak laju ke arah mereka. Berdentum berlaga dengan motosikal mereka.

Tak tunggu lama. Mana-mana yang cuba mendekati, ku terajang satu persatu. Mengelak belantan paku yang mereka libaskan dengan tangkas.

Belantan yang terlepas dari genggaman salah seorang daripada mereka, ku capai cepat-cepat. Giliran aku pula melibas!

ZUPP! ZAPP!

Berderai muka ku libaskan tanpa simpati. Lima daripada mereka tumbang teruk. Gelupur atas jalan. Ketua mereka nampak dah gelabah. Mengeluarkan sesuatu.

DUMM!

Satu tembakan dilepaskan.

Hani menjerit kuat.

***

Seseorang terjelepuk jatuh ke tanah. Diam di situ. Tepat ke tengah-tengah dahinya.

Aku berdiri tegak di hadapan mereka. Dengan revolver 6 peluru berbaki 5.

Kau silap orang, beb. Kau sendiri datang pada Malaikatul Maut ini. Pasti, ku cabut satu persatu nyawa kalau itu yang kau kehendakkan sangat!

Dua mat motor lagi dah tergopoh-gapah memusingkan motosikal masing-masing. Cuba cabut dari tempat kejadian. Tak mungkin akan ku lepaskan.

DUM! DUM!

Dua tembakan tepat; satu mengenai belakang kepala. Satu lagi mengenai leher tembus ke depan. Terus motosikal kedua-duanya rebah tanpa pemandu dalam beberapa detik.

Aku halakan pula revolver pada mamat-mamat yang lain, yang sedang cuba bangkit dari tumbang. Mataku  penuh dengan kemarahan. Akan ku diamkan semuanya. Hantar ke alam baqa saat ini juga!

"Berhenti!"

Perempuan berhelmet Shoei datang mendepakan tangan di hadapanku yang sedang amarah. Picu sudah suku ku tekan.

"Ke tepi."

"No!"

"Lepaskan saja mereka! Tak guna bunuh mereka!"

"Sampah perlu dibakar segera. Kalau tak, hanya membusuk menjadi ulat!"

"No! Jangan!"

Then, you leave me no choice. Kau pun boleh join mereka.

"Dah bosan dengan semua ni. Mampuslah semua!"

DUMMMMMM!!


Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!