Mungkin - Part 13



Ku panjat ke atas bumbung. Berhati-hati. Mata memerhati ke setiap genap dan inci.

Angin malam begitu dingin sekali bersentuhan dengan permukaan kulitku menyebabkan bulu roma naik sendiri. 

Ku lihat sesuatu sedang merangkak di atas bumbung. Ku acukan revolver tepat pada sasaran. 

ZUP

Benda tu tiba-tiba berdiri. Lebih tinggi dariku beberapa kaki. Sehingga aku terpaksa mendongak. Berpakaian serba hitam.

"Kau siapa?" 

Aku menatap tajam ke arah matanya yang merah saga. Aku dah pernah lihat yang lebih buruk dari ni. Mukanya yang mereput dengan darah membasahi baju. Rambut mengerbang tidak terurus.

Jelas. Bukan manusia.

"Aku saka."

"Saka siapa?"

"Orang tua dalam rumah ni."

Aku diam sekejap. Benda ni, tembak pun tak guna. Tapi, sikit pun aku tak alihkan muncung senjata ni hatta turun sikit pun tidak dari arah mukanya.

"Kau nak apa?"

"Hisap darah orang-orang dalam rumah ni."

Berkerut kening sikit aku. Macam mana boleh hisap darah dari atas bumbung. Nyamuk pun kena hinggap dulu. 

"Macam mana kau nak hisap?"

Seketika, dia mengilai dengan sekuat-kuatnya. Memeritkan telingaku yang mendengar. Terus naik bulu roma atas tengkuk. Dia datang menghampiriku.

"Kau tapak seinci lagi, aku bunuh kau."

Dia mengilai lagi kuat. Ketawakan aku rasanya. Lantaklah. Dia berhenti mendekati. Dengar juga arahan rupanya.

"Pertama kali aku jumpa manusia yang tak takut pada aku. Selalunya mereka takut. Tengok saja dah terkencing lari lintang pukang. Setakat manusia macam kau ni, aku jentik saja, terus sakit misteri bertahun-tahun."

Banyak cakap. Aku paling tak suka orang banyak cakap dan cakap besar. Ni pula bukan orang. Dalam dunia ni, orang paling cakap adalah ahli politik. Ni yang paling aku tak minat, cakap banyak, dalam 10 perkara, satu je mungkin betul, lain menipu. Selalunya orang yang banyak cakap, kerja tak berapa nak rajin. Buat kerja pun mulut membebel-bebel, maki oranglah, mengata oranglah. Sebab tu di akhirat, lidah jadi kelu apa pun tak boleh nak defend depan Tuhan.

"Aku tanya, macam mana kau hisap darah, bongok."

Dia mengilai lagi. Kali ni aku dah tak sabar. Aku menapak dekat dia dan halakan revolver tepat-tepat di mukanya. Terpaksa panjangkan tangan selaras dengan ketinggiannya. Benda tu berhenti ketawa.

"Manusia tak nampak aku dengan mata kasar mereka. 

Aku bertenggek atas bahu mereka yang tiada berdindingkan apa-apa pun. Berlingkar pada pinggang menyebabkan mereka sakit belakang, sakit dalam perut dan peranakan. Berpaut pada kaki menyebabkan mereka rasa lenguh yang sangat. Menghisap kekuatan dan kesihatan dari seluruh urat saraf yang tidak berdinding. Seluruh salur darah, kami masuki!"

"Maksud kau dinding?"

"Pagar. Pergantungan mereka pada Tuhan mereka. Ramainya mudah saja aku singgah pada batang tubuh mereka. Tiada apa penghalang pun antara aku dengannya. 

Manusia sudah lupa pada Tuhan mereka. Manusia berkawan dengan aku. Bukan hari ini, tapi sudah berabad lamanya. Berkawan dengan aku-aku yang berada dalam benak hati dan pemikiran mereka. Mereka menyangka mereka mendengar kata hati mereka, tetapi sebenarnya mereka mendengar bisikan kata bangsa aku!

Bangsa aku memanipulasi pemikiran mereka. Menyangka mereka mendengar dari naluri. Tapi, kami dah berpakat dengan nafsunya.

Contoh mudah, lelaki yang menyangka diri mereka sebenarnya perempuan dan terperangkap dalam tubuh lelaki. Itu bukan naluri. Itu bisikan kami!

Sudah pastinya, kami berada dalam hati-hati yang lain demi mewujudkan sokongan. Ini adalah strategi. Berseorangan tidak kuat. Ramai baru kukuh. Kami hasut mengatakan ianya hak asasi manusia. Kami hasut mengatakan lelaki dengan lelaki itu bukan gay. Kami timbulkan pendapat yang mengatakan apa yang mereka buat itu betul.

Kami hadirkan rasa selesa lagi yakin dan rasa ini semua adalah di atas nama keadilan dan kesaksamaan sejagat. Sehingga mereka tak nampak halusnya tusukan kami di antara benar dan salah.

Dulu, satu kaum kami berjaya. Hatta utusan Tuhan pun tidak mampu menyelamatkan mereka. Inikan pula kaum akhir zaman yang terkontang-kanting tiada utusan Tuhan!"

Diikuti dengan helai tawa menyeramkan. 

"Kau sentuh perempuan dalam rumah ni, tak pedulilah kau siapa, kau hantu ke setan ke, akan aku bunuh kau.

Sampai ke lubang neraka pun akan ku cari."

Saat itulah, benda itu diam. Aku pandang tajam dia. Dia juga sama.

"Oh, patutlah. Kau tak takut pada aku. Kau pun setan. Aku dah scan seluruh tubuh kau. Semua tempat boleh ditembusi dengan mudah.

Jiwa hitam.

Kita sama."

Tak. Kita tak sama.

DUB!

Tumbukanku singgah di mukanya. Kulitnya tersiat melekat di buku limaku. Busuk. Hanyir. 

"Celaka."

Satu tembakan padu tepat di antara kedua mata lembaga itu. Memecahkan kesunyian malam. Bunyi tembakan boleh didengari 4-5 buah rumah berhampiran sekiranya ada. Mujurlah rumah nenek ni tersembunyi jauh sedikit.

ZAS.

Benda tu hilang dari pandangan. Hanya tinggal aku di atas bumbung zink. Berdiri tegap dengan revolver di tangan. Memandang langit yang sepi kembali.

Ku lihat seorang wanita berlari keluar dari rumah. Mengintai-ngintai keberadaanku di atas. Risau wajahnya. 

Dalam dunia ni, manusia cuma takut pada bayang-bayang sendiri. Takut berhadapan dengan cela diri sendiri. Apa yang mereka cuma nak tengok di hadapan cermin, di dalam gambar dan video, adalah kesempurnaan diri.

Hakikatnya. Topeng. 

Mereka saja tahu siapa diri yang sebenar-benarnya.

***

"Kita gerak sekarang. Rumah ini tak sesuai."

Ku capai beberapa ikat duit dalam beg. Serahkan pada Hani. 

"Letak bawah bantal nenek." Wanita itu mengikut saja. Tanda berterima kasih atas baik hatinya menolong kami.

"Kita tak boleh lagi guna kereta tu."

"Kenapa?"

"Kau tengok bawah seat."

Hani menjenguk bawah tempat duduknya. Ada seperti alat digital tergantung berplaster. 

"Aku dah check di bawah seat ada bom yang tak dapat ditanggalkan. Dah set kilometer. Jika keluar dari range dan melebihi kilomoter, kereta ini akan meletup."

"Habis tu, kita nak jalan kaki?" 

"Tak. Kau tengok tu apa dalam garaj nenek."

Sebuah motorsikal roda tiga tersadai elok. 

"Hah?! Tak naklah! Memalukan."

"Dah tu, kau jalan kaki."

Lepas aku dah fix sikit motor tu, dah boleh gerak. Minyak, aku tapau dari kereta Honda City tak guna tu. 

15 minit kemudian, aku dah berada atas jalan. Meredah malam. Dengan seorang perempuan dalam bakul empat segi roda tiga. Dah macam bawak nenek-nenek. Perempuan tu siap balut hidung dan mulut buat macam purdah disebabkan terlampau malu. Jatuh standard agaknya.

Malam kot. Bukan orang nampak pun. Menuju ke sempadan dari jalan belakang. Masalahnya sekarang musim hujan. Air pun deras. Nak menyeberang kena melalui Sungai Golok macam-macam mana pun. Dengan senjata macam ni, susah nak lepasi askar yang berkawal. Bukan senjata sangat yang aku risaukan, ni perempuan ni. Macam mana?

Hm.

***

Siangnya.

Kami sampai di sebuah pekan. Lalu di sebuah tempat yang agak ramai orang. Macam pasar. Nama tempat tu, Ben Tanh.

Tiba-tiba, wanita di sebelahku di tempat duduk bakul tu menepuk-nepuk bahuku kuat. Segera ku pegang senjata di pinggang di sebalik jaket.

"Awak! Stop! Stop!" Matanya membundar. Mencerun garang.

"Sana! Tengok tu! Habislah!"


Bersambung..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!