Mungkin - Part 12



"Sakit!"

"Mana topeng aku?!"

"Lepaskan tangan saya dulu!"

Ku leraikan genggaman. Perempuan itu cepat-cepat mengambil topeng hitamku. Tapi, dia tak serahkan padaku. Dia menjauh sedikit dari aku ke suatu sudut.

Aku duduk bersila di hadapannya. Tanganku sudah membuak-buak mahu melepaskan penumbuk. Buku limaku ini tak mengenal lelaki atau perempuan. 

"Apa yang awak nak malukan sangat dengan muka awak tu?!"

Perempuan itu membakar kesabaranku. 

"Parut tak sebesar mana, dari atas kening ke bawah pipi saja pun! Kenapa nak sorok sangat?! Be yourselflah! Muka awak tak scary pun untuk orang lain tengok! Parut-parut lain boleh sembuhlah!"

Angin dari luar tingkap bertiup lembut mengalunkan anak rambut ku, sebahagian rambut jatuh lembut menutupi sebelah mataku yang sedang menyinga ketika ini.

Satu parut kekal membelah sebahagian wajah. Cerita lama. Parut-parut kecil di kiri kanan pipi menghiasi di sebalik jambang nipis dan janggutku.

"Kau, nak bagi ke tak nak?"

"Tak nak!"

ZUPP!!

Satu tumbukan nyaris mematahkan batang hidung si perempuan. Namun, sempat ku tahan. Wanita itu terkejut sangat-sangat dengan tindakanku.

Dia melemparkan topengku ke lantai. Hambar rasa.

"Awak lelaki yang pukul perempuan ke? Saya tak sangka." Itu saja soalannya. Sebelum dia berbaring di sebelah nenek yang telah terlelap. 

Aku membiarkan topeng tu di lantai papan rumah usang ni. Menyandarkan diri di tiang rumah. 

"Tak, aku tak pukul perempuan.." Jawapan itu tersekat dalam benak hati sendiri. Sebab yang pukul perempuan cuma lelaki yang dayus. Perempuan berbisa pada mulut, namun tidak pada fizikalnya. Bila dipukul, bukan saja lebam di tubuh, tapi berbara sampai ke dalam lubuk hati untuk satu masa yang lama. 

"Siapa Natasha?"

Kedengaran suara di sebelah nenek. Oh, tak tidur. Masih mahu menyiasat tentang aku rupanya.

"Kenapa kau nak tahu?"

"Kenapa tak boleh tahu?"

"Kenapa kalau kau tahu?"

"Kenapa kalau saya tahu, awak boleh mati ke?"

Aku diam. 

"Kita gerak sekarang."

"No. Nenek suruh stay kan. Luka awak tu tak elok lagi. Lagipun, kita nak ke mana? Awak pun tak tahu arah nak dituju kan?"

Aku diam lagi.

"Just tell me the story. Anyway, awak tak nak tahu nama saya ke? Lepas panjang berjalan ni, awak tak pernah tanya nama saya. Asyik kau-aku, kau-aku je. Saya ada namalah.

Saya Hani. Simple. Nama panjang kat IC, tapi awak tentu tak berminat nak tahu nama penuh kan? Memang awak tak tanya, tapi saya nak bagitau.

Nama awak?"

Aku mencerun mata ke arahnya. Namun, tidak menjawab persoalannya.

"Okay, takpe. Apa cerita dengan Natasha awak tu? Girlfriend eh? Tadi pun dalam tidur awak sebut nama dia. Special sangatlah tu, kan?"

Hmm.

"Dia cikgu. Masa tu, aku dalam pelarian. Lari dari tawanan. Luka aku lagi teruk dari sekarang. Antara hidup dan mati. Aku menyelinap masuk ke dalam sebuah sekolah ni. Ada asrama. Tapi, tak ada sesiapa pun. Mungkin minggu budak-budak balik. Aku tak pasti.

Then, dia ada di situ tengah siap-siap nak balik rumah. Aku sekat keretanya. Terbaring atas bonet tak sedarkan diri. Sedar-sedar, aku dah kat bilik rawatan sekolah tu. Dia tak hantar aku ke hospital sebab dia nampak ada pistol denganku. 

Dia rawat dan jaga aku sepanjang hari. Layan aku dengan baik sekali. Sehinggalah malam kedua.."

Aku terdiam seketika.

"Apa berlaku?"

"Masa tu, dia tengah lapkan kecederaan di kepalaku. Buka balutan. Senyum dan bagitau aku jangan risau. Semua okay. Dia suruh aku tenang. Dia kata aku selamat. Dia suruh aku ingat Tuhan banyak-banyak. 

Dia kata aku orang baik.

Dia bagitau aku, semua orang boleh berubah. Allah sayang semua orang yang nak berubah. Percaya hatta seorang penjenayah sekalipun, boleh berubah dengan izin Allah. 

Dia duduk di sebelahku. Ceritakan pada aku tentang kisah dirinya seorang gadis yang agak liar masa sekolah, hinggalah dapat jadi seorang guru. Boleh bagitau betul salah pada murid-murid pula.

Dia kata,

"Percaya pada diri. Bukan orang lain yang merubah kita, tapi diri kita sendiri. Kita yang bina benteng tinggi dalam diri. Kita yang kena pecahkan benteng dan tembok yang ada dalam diri. Kalau perempuan, dia kena pecahkan keegoan dirinya sendiri dalam menutup apa yang perlu ditutup, menjaga maruah dirinya. Kalau lelaki, dia kena hancurkan dinding yang menghalang cahaya iman masuk ke dalam dada. Dengan cahaya itu, barulah pandangan pun tertunduk dari memandang yang salah. Barulah sikap pun mudik ke haluan yang melimpahkan seluruh cahaya.

Hidup ni memang jalannya tak straight pun. Bengkang bengkok, bersimpang siur, beronak duri. Ranjau sepanjang jalan. The thing is bukan jalan yang perlu kita tumpukan sangat. 

Tapi, diri kita tu; lurus atau tidak sepanjang jalan."

"Saya percaya dan yakin, lelaki depan saya ni, suatu hari akan...."

Aku terdiam lagi.

"Akan?"

"Masa tu, sebutir peluru menembusi kepalanya dari kiri ke kanan memecahkan tempurung kepalanya berderai..."

Aku menggenggam buku lima sendiri. Mengingat semula peristiwa malam tu memang mengecewakan aku. Sekian lama tiada siapa yang percaya padaku. Sekian lama, tangan ini bergelumang dosa.

Aku tak mampu selamatkannya malam tu. Beberapa orang bertopeng hitam semuanya membawaku pergi dari situ. Mengembalikan aku ke dalam kem khas. Kembali ditorture semahunya sehingga aku menjadi, aku yang sekarang ini.

Hani kelihatan terkejut dengan kedua matanya memandangku sebulatnya. Sangkaannya meleset.

"Puas hati?"

Dia tak bertanyakan lanjut. Diam.

"Dah, tidur."

***

Pukul 2 pagi.

Telingaku menangkap bunyi sesuatu berjalan di atas bumbung zink. Bunyinya semakin jelas.

Segera ku capai revolver Smith & Wesson Model 66, berkapasiti 6 peluru 357 magnum, yang tersisip di pinggang. Bukan pilihan senjata yang baik untuk self-defense jika dibandingkan dengan pistol semi-auto. Ah, lantaklah. Tak ada masa untuk memilih. Bingkas berdiri secepat mungkin dalam senyap. 

Tup.

Lampu ruang tamu ku padamkan. Gelap satu rumah. Tindakan aku itu mengejutkan Hani yang tidur-tidur ayam. 

"Awak..ada apa?"

Syhhh..

"Ada sesuatu di atas.."

Segera aku ke bahagian dapur senyap-senyap. Keluar melalui pintu belakang. Panjat ke atas bumbung.

Dan ku lihat...



Bersambung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!