Mirelle Beauty DD Cushion dan Brightening Serum By Hawa Skin Care.



Assalammualaikum dan hai semua.

Lama jugalah aku tak share bab beauty kan. So, kali ni aku nak share produk koleksi Mirelle Beauty dari Hawa Skincare Malaysia. Satu nama yang tak asing lagi bagi kaum hawa. Dan aku pun sebenarnya dah lama mengidam nak cuba Mirelle Beauty. Adakah ianya seperti yang di iklankan atau sekadar taktik pemasaran?

Lambakan pelbagai jenama Serum dan DD Cushion dipasaran adakalanya buat kita keliru, mana satu nak pilih. Semua claim produk mereka terbaik. Dari bahan terbaik dan mampu memberi kesan yang baik kepada pengguna. Untuk elakkan kekeliruan dan selamatkan poket kita, aku suka google dan baca review tentang produk yang bakal aku beli. Dari situ pelbagai info samada baik atau buruk produk akan aku perolehi.

Di sebabkan serum aku sebelum ni dah habis, jadi kali ni aku pilih untuk cuba Brightening Serum. Biasalah orang perempuan, mana tahan godaan bila terbaca produk kecantikkan ni. Jauh di sudut hati, mesti teringin nak cuba.

Serum ni dipakai selepas toner. Berwarna jernih dan cepat meresap ke wajah. Tak meninggalkan kesan melekit atau berminyak bila serum ni dah serap sepenuhnya ke wajah. Aku sertakan sekali manfaat serum.

Manfaat Mirelle Beauty Brightening Serum 

Membantu mencerahkan kulit wajah.
Membantu mengatasi masalah kulit kusam.
Membantu memudarkan parut jerawat.
Membantu mengatasi masalah kulit kering.
Menganjalkan kulit wajah. 
Anti penuaan.
Bebas dari bahan kimia terlarang.
Sangat ringan pada wajah.
Diperkaya dengan ekstrak bunga sakura dan aloe vera.
Kelulusan KKM dan dijamin Halal.

Memang serum ni sangat ringan. Kulit rasa tegang, moist dan tak berminyak. Sebab ada sesetengah serum ni, bila dah apply, kulit jadi sticky. Bila dah sticky, itu bakal menyumbang kepada berminyaknya kulit wajah. Sungguh kulit aku rasa tak selesa.


Dan aku harap manfaat lain akan menyusul ke wajah aku. Sejujurnya, aku suka serum ni. Guna 2 kali sehari. Sekali waktu pagi. Sekali lagi sebelum tido. 

Produk seterusnya ialah DD Cushion. Sebelum aku mula cerita best ke tak cushion ni, aku share dulu manfaatnya. 


Manfaat DD Cushion 

Melindungi kulit dari sinaran matahari dengan SPF50++
Mengecilkan liang pori.
Mencerahkan kulit dengan pantas.
Bertindak sebagai anti penuaan.
Meratakan tona warna kulit.
Melindungi kulit daripada persekitaran yang tercemar. 
Meredakan radang/cela. 
Mengurangkan minyak pada wajah. 
Tahan lama sehingga 8 jam. 
Menganjalkan kulit. 
Mengurangkan garis-garis halus. 
Full Coverage 100%. 
Rasa sangat ringan pada wajah. 
Bauan yang sangat wangi seperti bedak bayi.
Mudah dicuci. 
Halal & diluluskan oleh KKM. 
Mempunyai bahan semulajadi seperti Pati Mulberi & Minyak Argan.


Ada 2 tona iaitu tona Light dan Natural

Tona Light : 
Kulit putih pink / kuning langsat 
Contoh warna kulit selebriti : Adira / Emma Maembong / Soo Winci / Erra Fazira / Siti Nurhaliza / Mira Filzah

Tona Natural :
Kulit Sawo Matang / Kulit Gelap
Contoh warna kulit selebriti : Nurul / Yuna / Mizz Nina / Fasha Sandha / Siti Nordiana / Ziana Zain /Ning Baizura / Jihan Muse / Ummi Nazeera / Yana Samsudin


Aku guna tona Light. Seangkatan dengan Erra Fazira dan Dato Siti Nurhaliza. Dan wow, sungguh sesuatulah Mirelle Beauty DD Cushion ni. Wajah aku glowing, berseri dan makeup tahan lama. Tak bercapuk.

Ringan je DD Cushion ni bila dah siap apply ke muka. Dap dap terus hilang cela kat muka. Glowing bila produk dah mula ngam dengan kulit. Tak terasa macam aku pakai foundation kat muka. Nak cuci makeup pun senang sebab ianya mudah ditanggalkan. 

Itu sahajalah perkongsian aku kali ini. Nanti singgahlah ke IG aku untuk lihat video dan lagi gambar perkongsian.  Korang boleh klik link kat bawah ni jika korang pun dah tersuka nak guna koleksi Mirelle Beauty dari Hawa Skincare. Thanks for reading. 

Walk in HQ : Hawa Skincare, No.18A, 
Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, 
40000 Shah Alam, Selangor

Whatsapp : +60193959774 
Website : Hawa Skincare
Twitter : @mirellebeauty
Youtube : Hawa Skincare Malaysia 


19 ulasan:

  1. Eiza, mana gambar bersama produk. Nak tengok dia punya tekstur dan wajah selepas menggunakan produk. Tahan berapa lama. Nak beli produk ni. Senang pakai.

    BalasPadam
  2. Wow DD cushion. Melekat tak powder dia? Sebab Nad setakat ni tak pernah lagi pakai DD cushion. Macam high level betul DD cushion. And serum pun memang penting untuk kulit muka :)

    BalasPadam
  3. wow is that the real serum bottle?! Looks so sparkly like diamond! Any swatches of the DD Cushion? Would like to see the colour and tone

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serum botol tu memang nampak mewah. You boleh rujuk swatches kat IG yang dah I sertakan.

      Padam
  4. first time hearing this brand. The packaging very nice. I also feel like to try them out now. Time to try it yay!

    BalasPadam
  5. Kalau kita boleh pakai produk ni mesti sesuai dengan Tona Natural ni hehehe sebab kita kulit sawa matang wakakaka... tapi tu lah ni produk khas untuk wanita jer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mahu Mahu, kalau sawo matang, geng Fasha Sanda la. Kalau dah teringin nak pakai, pakai je lah. Bukan siapa tahu pun. Hahaha...

      Padam
  6. Alamak produk kecantikan baru lagi? Uish nmpk menarik daripada packaging je. Boleh syorkan kt mak lah ni. Mesti die suke produk gini. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mak lagi suka kalau dapat surprise gift dari anak dia. Selit roses dan bungkus lawa-lawa.

      Padam
  7. I think that is most important! The DD cushion texture on skin. The word "ringan" caught me terus cos some DD cream mmg pull your skin down can feel berat semacam. May check this product out once I finish my existing

    BalasPadam
  8. Sebrinah Yeo. Sebelum pakai this product, eiza dah cuba pelbagai DD Cushion jenama lain. And this one memang seperti apa yang di war-warkan. Really surprise me. Rasanya dah jatuh cinta pandang pertama.

    BalasPadam
  9. Cantiknya packaging dia, nama eksklusif je. dan sama la, iday kalau cari serum memang taknak yang melekit. nak jenis yang elok serap dalam kulit hehehe. macam tahu je tengah cari serum sekarang hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serum ni memang jenis cepat serap dan tak melekit bila dia dah kering. Eiza pun kalau terkena jenis melekit, mulalah rasa malas dah nak sapu.

      Padam
  10. Tertarik dengan serum tu.. nak cuba laa

    BalasPadam
  11. Wow.. Nice packaging laa... Nampak exclusive giler.... Dd cushion ni bgus utk mereka yg nk travel.. Xyh bwk bks liquid fd... Boleh try la nnti... Tekstur dia pon nmpk ringan je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang travel friendly, kenduri friendly dan jalan2 friendly. Tekstur dia memang ringan. Gi singgah IG Hawa Skincare sebab sekarang tengok sales DD Cushion. 1 RM55 (Harga asal RM75) Kala beli 2 RM100!

      Padam
  12. Ni first time sebenarnya emi baca tentang produk ni. Produk keluaran tempatan rupanya. Baca nama ingat produk luar negara, hehe

    BalasPadam
  13. Wow, nampak sungguh berkesan lah produk Mirelle Beauty nie. Tengok sahaja DD Cushion dia. Banyak fungsi dalam satu produk. Paling best ada spf 50. Terlindung kulit dari cahaya matahari. Dah cuba ke produk nie ? Nak tengok hasilnya juga

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!