Mungkin - Part 6



Dua kelibat manusia.

Dua-dua membawa HK416 Assault Rifle. Senjata yang dibuat 2004 di kilang pertahanan dan kesenjataan Jerman, Heckler & Koch. Senjata yang sama digunakan oleh Seal Team Six Amerika Syarikat ketika memburu dan membunuh Osama bin Laden 2011.

Senjata itu saja yang jelas kelihatan di tangan mereka. Tentu saja mereka memandang rendah pada aku yang tidak berada di carta teratas pembunuh upahan terhebat.

Baik. Ku lepaskan tembakan jarak jauh dari sudut tersembunyi. Berbelas-belas tembakan.

Mereka berdua kelihatan merebahkan diri di balik semak tebal. Mengelak tembakan.

Hah. Sasaranku bukan mereka. Tapi pada berbelas-belas unggun api yang telah ku sediakan di sekeliling. Telah ku curahkan serbuk karbaid di setiap unggun. Bila terkena tembakan, nyalaan kecil boleh menjadi besar. 

Suasana sekeliling menjadi cerah seketika hasil dari pembakaran tersebut. Tapi, sekejap saja. Api kemudiannya padam dan menghasilkan asap tebal.

Itulah tujuan sebenar unggun api. Untuk mengaburi pandangan mata. Guna scope sekalipun tidak membantu.

***

Dua pembunuh upahan yang tidak asing lagi dalam dunia pembunuhan elit; Raj & Rav Michael. Dua beradik berbangsa India campuran Belanda. Tinggi dan sasa keduanya. Pernah menjalani latihan ketenteraan di Perancis.

Mereka kelihatan berjalan dalam asap tebal dengan menyasarkan senjata mereka ke kiri dan ke kanan dengan berhati-hati.

"Tak gentle la brader main sorok-sorok macam ni. Ha ha ha!"

Raj gelak kuat-kuat. Aku tak peduli.

Namun, satu saja keburukan taktikal kali ini. Asap ini bukan saja mengaburi mata musuh, bahkan aku sendiri terpaksa meneka-neka kedudukan mereka. Mujur, aku dah awasi pergerakan mereka awal-awal supaya tak lost track.

Baik.

Giliran aku membidik mereka. Jangan buang masa.

ZUPP!

Tembakanku tersasar. Mengenai tepi lengan salah seorang dari keduanya. Mereka cepat-cepat membalas dengan tembakan bertalu-talu ke arahku.

Namun, tembakan mereka juga tersasar. Satu saja cara mereka boleh bunuh aku, iaitu, datang dengan lebih dekat.

"Ah, gila!"

Aku berguling dari tempat aku menyorok. Satu letusan kecil hampir saja mengenaiku.

"Tak guna! Barrett M82!" 

Aku berlari ke tempat yang lebih selamat di balik pokok besar. Lokasi aku sudah dikesan. Memang bukan calang-calang pembunuh! 

HK416 sekadar mengelabui mata aku! Sniper rifle dengan ukuran peluru 12.7 x 99 mm (.50 bmg) kaliber pasti membunuh dari jarak jauh, kalau tak silap aku, 1000 meter ke sasaran.

Dalam kepala aku cuma satu persoalan,

"Bagaimana nak mereka datang lebih dekat?"

Okay. Dah tahu. Ku capai tali panjang. Ikat pada pemegang pistol Taurus 24/7 milikku. Jarang guna, tapi aku selalu bawa. Satu kelebihan pistol ni, tak perlu tarik picu. Isi peluru penuh, kemudian hanya perlu goncang pemegangnya dengan sedikit condong, tembakan akan dihasilkan. Automatik. Tapi, dengan jarak jauh seperti ni, peluru takkan mampu sampai pada sasaran.

Jadi, kenapa ikat pistol tak ada fungsi ni?

Ku beralih pada lokasi yang lebih sesuai. Dengan tali panjang yang ku tarik sama.

Baik, sekarang. Ku sentapkan tali beberapa kali, maka terhasillah tembakan demi tembakan ke arah musuh. 

Aku tersengih sendiri. Dah agak. Tembakan demi tembakan disasarkan pada arah tembakan yang terhasil dari pistol tadi. Mereka mengesan lokasi dari percikan tembakan. 

Dan aku, berada di lokasi paling baik sekarang. Target lock on. 

ZUP!

Seorang daripadanya terkena tembakan di kaki. Tumbang. 

"Bodoh! King kata hanya seorang! Kenapa ada dua orang pula sekarang?! Damn!" 

Kah. Menyangka ada dua penembak di belah aku. Ternyata meleset. 

Salah seorangnya nampak marah, mara ke depan membelah asap tebal dengan menembak pada lokasi tempat aku bersembunyi sekarang. 

Hah. Kau tak tahu aku berada di mana. Aku bukan berada di balik semak atau pokok. Aku berada dalam air sungai! Sekarang, giliranku pula.

ZUP! ZUP!

Dua tiga tembakan ku lepaskan, tepat mengenai sasaran. Bukan pada lelaki yang sedang berlari ke arahku. Tak. Tapi pada tali buluh!

Teka apa yang berlaku? 

ZASSSSSSSSSSSSS!!

Buluh-buluh booby trap membidas ganas! Pada mulanya lelaki itu cuba mengelak, namun, buluh perangkap itu bukan satu, tapi berlapis-lapis ku sediakan.

ZAPP!

Kedengaran tembakan rambang. Kemudian, senyap sunyi. Ku perhatikan menerusi scope. Dalam kesamaran, kelihatan seorang lelaki terkulai dengan kepala terbenam 4-5 mata pisau buluh. Betul-betul tepat atas muka. Di badannya juga sama dengan beberapa buluh tajam menikam dari dada ke pinggang. Dah macam sate.

Kini, tinggal seorang lagi.

"Raj! Raj! Bangsat!! Tanpa Nama, akan aku bunuh kau! Cincang kau sampai lumat!"

Terdengar jeritan dan makian dari jauh. Ratapan abang atau adik entah. Aku tak kisah. Aku nak dia mati. Dia juga menggila nampaknya. Berlari dengan paha yang cedera ke depan. Namun, berhenti seketika.

TRRRR! TRRRR!

Tembakan demi tembakan pada lantai tanah dan semak-samun. Membongkarkan seluruh perangkap kubur yang ku buat. Perangkap yang jika jatuh ke dalamnya, pasti disula buluh tajam. Tak guna. Pastilah dia juga bijak, dia askar. Tahu selok-belok hutan. Habis terselak pelepah dan daun yang ku jadikan penutup lubang.

Ku bidik pada sasaran. Tak mengena. Pergerakannya yang pantas walaupun cedera mengujakan aku. Berlari pula kiri kanan, susah nak membidik dengan tepat. Kalau kena pun, nasib. Dia juga berbalas tembakan. Makin mendekat nampaknya. Sehingga aku dah tak perlu gunakan scope untuk melihat mukanya dengan jelas. Celorang-celoreng. Gagah perkasa menembak ke arahku.  

Aku menembak sambil menyelam dalam air. Tenggelam timbul mengelak tembakannya.

Dah sampai.

Inilah masanya!!

Lelaki itu sudah nampak kelibatku dalam air! Satu tembakan padu dilepaskan padaku!

"Mati kau!"

Jeritan kedengaran kuat dalam hutan tebal tu.

Suasana menjadi sunyi sepi. Hanya terdengar bunyi aliran air sungai yang deras.

Kelihatan seorang lelaki yang telah tertewas.

Bersambung..


2 ulasan:

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!