Mungkin - Part 5



"Hah, tembaklah! Tembak!"

Aku pegang kepalanya. Tarik picu.

BUMMM!

Satu tembakan dilepaskan. Jatuh terjelepuk. Seekor ular hitam sebesar lengan hilang kepalanya. Tergolek di tanah melingkar lungsur jatuh dari atas pokok besar. 

Wanita itu terkejut beruk. Terbaring di tanah setelah ku tolak dengan kuat tadi ke samping. Muka dah pucat lesi.

"Kau betul nak mati? Tadi, kau dah mati kalau aku terlambat satu saat."

Dia cepat-cepat bangun. Menjauhkan diri dari bangkai ular berbisa.

"Kau nak makan ular ni tak? Aku nak panggang."

"Wei, tak nak! Euww!"

***

"Kita nak makan apa? Lapar. Dari pagi tak makan."

Aku letakkan beg sandang dan segala senjata. Keluarkan pisau yang terselit di but. Ikatkan pada batang kayu yang sedepa panjang. Turun perlahan-lahan ke dalam air sungai yang berdekatan. 

Blup.

Tenggelam terus dalam air dalam.

10 minit kemudian. Timbul semula. Dengan dua ekor ikan lampam yang sehasta panjang. Besar. Ditombak pisau.

"Seriuslah..."

Wanita itu terkejut sikit melihat aku yang lencun. 

"Lama kot dalam tu, saya ingat awak dah lemas. Saya dah risau, nak turun saya sendiri tak pandai berenang."

Aku tak menghiraukan kerisauannya. Kutip ranting dan daun kering, satukan dan hidupkan api. Siang buang perut ikan. Panggang.

"Mana awak belajar semua ni? Saya nak siang ikan pun tak pandai."

"Perempuan zaman sekarang..apa nak heran?" Aku mencelah ringkas. 

Siap. Aku tengok dia ni makan dengan lahap sekali. Dah macam kebuluran. Seekor ikan tu habis diratahnya. Ni hantu raya ke apa.

"Sedapp!"

Memanglah. Dah kau tu tengah lapar. 

Aku bangun, banyak lagi misi nak selesaikan. Tebang empat batang pokok yang sederhana besar. Buat lubang sedalam satu paha, masukkan setiap satu ke empat lubang yang disiapkan. Clearkan kawasan sekeliling. Cantas daun-daun pisang berhampiran yang mana ada. Cantumkan dengan batang kayu tadi yang dicacak tegak atas tanah. Jadikan dinding dan atap. Serat kulit kayu dari pepohonan liar ku jadikan tali, dari jenis artocarpus elasticus. Jalin ikat elok-elok. 

Akhirnya, sebuah bilik berdinding dan beratapkan daun pisang terhasil.

"Kau rehat dalam ni. Aku ada kerja nak buat."

Wanita itu kelihatan ceria melihat 'bilik' kecil yang ku siapkan. Dia tolong cabutkan rumput rampai berhampiran untuk bersihkan lagi kawasan tu. Tapi, tak lama. Sayang kat tapak tangan. Kasar nanti siapa nak masuk minang.

***

Belakangku air terjun yang bersambung dengan sungai. Pembunuh-pembunuh yang lain tidak akan datang dari arah seberang sungai kerana di sana hutan lebih tebal dan bukan menuju ke mana-mana jalan yang menghubungkan mana-mana perkampungan. Hanya hutan semata-mata hutan.

Mereka akan datang mengikut jejak yang telah dtinggalkan. Tak kisahlah datang dengan bawa anjing demi menghidu, atau gigih mencari jejak bekas tebasan semak-samun sepanjang perjalanan tadi.

Mereka akan sampai juga.

Ku capai beg. Keluarkan mata cangkul. Cari batang pokok yang sesuai, jadikan hulu cangkul.

Misi bermula! Gali lubang kuburlah, apa lagi!

Hampir ke pukul 10 malam. Masih bekerja seorang diri. Unggun api telah ku hidupkan. Bukan satu unggun api, tapi 15 unggun api. Satu nyalaan terang, 14 lagi nyalaan kecil.

Buluh-buluh telah dilenturkan. Bukan satu, bukan dua. Tapi dua puluh buluh dilenturkan. Di setiap buluh, telah diletakkan bilah-bilah buluh yang ditajamkan macam mata pisau. Satu buluh, ada 10-15 mata pisau buluh. Ada tali yang telah ku ikatkan menyambungkan dua puluh buluh yang dikawal dengan satu tali. Bila tali yang satu ini ditebas, semua buluh akan membidas ke depan secara automatik. Bagaikan anak panah. Simple booby trap.

Jam menunjukkan pukul 2 pagi.

Aku ke tempat rehat. Kejutkan.

"Bangun. Dah tiba masanya kita gerak."

"Ha? Tengah-tengah malam ni? Tak naklah. Letih. Sakit urat. Lenguh kaki. Aduh."

"Nak gerak atau nak jadi mayat dibungkus daun pisang?"

"Nak pisang goreng sambal kicap Johor Darul Takzim!"

Haip. Ku bedil berkecai perempuan ni kang. Ku tarik keluar dari situ.

"Kita nak ke mana? Gelap ni."

Aku tunjukkan jari ke seberang sungai. 

"Nak kena menyeberang sungai dalam tu?! Gila! Tak nak!"

Aku tarik saja wanita itu sampai ke tebing. Nak ke tak nak, itu bukan keputusan dia. Keputusan aku.

"Aku dah letak batang pokok besar ni untuk kau duduk berpaut padanya."

"Oh, awak nak bunuh saya dalam air ni ke? Nak lemaskan saya dalam sungai dengan batang kayu ni? Sampai hati! Saya tak nak mati dengan cara lemas macam ni. Biar elok-elok sikit nak mati pun. Lemas nanti perut kembung, mayat bengkak. Habislah muka saya dah tak jelita kalau masuk paper. Nanti viral di Facebook, di Instagram, habislah keayuan saya!"

Banyak cakap.

Aku tolak dia masuk dalam sungai. Terkapai-kapai dia tenggelam-timbul. Ku terjun ke dalam air. Tarik dia pegang pada kayu yang terapung.

"Pegang kuat-kuat!"

Ku renangkan pokok tu bersama dengan wanita ke tebing sana. Air memang dalam. Tak pasti berapa kaki ke dasar. Mungkin tiga empat orang dewasa kedalamannya. 

***

Wanita itu menangis-nangis bila sampai di tebing.

"Jangan buat gini lagi!"

Aku tak pedulikan tangisannya. 

"Ikut aku."

Dia mengikut tanpa ingkar. Dalam 500 meter di hadapan, ada satu tapak kawasan di balik belukar yang telah ku clearkan. Hatta rumput rampai telah ku bereskan. 

"Tu, khemah pisang kau yang baru."

Nampak lebih selesa dari yang tadi. Ada unggun api sederhana berdekatannya. Di atasnya ada daging yang dipanggang. 

"Apa ni? Ular?"

"No. Arnab."

"Boleh ke makan arnab? Macam makan kucing kan? Tak boleh, kan?"

"Kau tak pernah dengar burger arnab ke? Esok pagi tak ada makanan."

Dia cepat-cepat ambil dan makan perlahan-lahan daging yang masih panas. Lapar rupanya. Perempuan memang kuat makan sama saja macam lelaki. Antara cover dan tak cover saja.

Jam 3 pagi.

"Apa-apa pun yang berlaku, jangan keluar dari kawasan ni. Hanya perlu padamkan api bila aku arahkan. Kau tengok, sekeliling, tempat ni macam roundabout semak-samun. Tertutup elok. Kau takkan dijumpai di sini.

Mungkin. Kalau kau nasib baiklah."

Tak lama kemudian, dalam 20 minit, kelihatan satu cahaya merah di atas langit. Oh. Emergency flare. Sengaja ditembakan ke atas. 

"Mereka dah datang. Padamkan api!"

Aku berlari ke perimeter yang sesuai dengan rifle di bahu. Mulai memeriksa dengan scope rifle. Night mode, on.

Aku menyeringai di balik topeng.

Huh. Datanglah. Di sini aku menanti.



Bersambung..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!