Mungkin - Part 4



"Cepatlah jalan. Lambat, kena makan rimau."

Wanita tu yang nampak keletihan terus mempercepatkan langkahnya. Takut. Kiri-kanan hutan tebal. Tak sama langsung dengan pergi hiking. Sekurang-kurangnya, kalau pergi hiking dengan kawan-kawan, laluan ciput ada la jugak. Ni, main redah saja.

Kakinya dah gatal-gatal. Tunduk tengok kaki sendiri.

"Tolong!!!!!!!!!!!!"

Aku menoleh ke belakang. 

"Pacat! Pacat!"

Hah. Ni mesti tak pernah masuk hutan. Ku lihat dalam 20 ekor pacat berpaut manja-manja di kakinya. 

Aku keluarkan sesuatu dari dalam beg sandang. Spray Baygon. Efektif benda ni. Ku semburkan di kakinya. Dalam 5 minit, pacat-pacat kepeningan. Jatuh satu persatu. Ku semburkan lagi.

"Dah. Sambung jalan."

"Tamau! Pacat!"

"Dah tu, nak aku dukung?"

"Tak boleh! Haram! Tumbuk kang!"

"Dah tu, nak aku tembak kaki kau?" 

Wanita itu menggelengkan kepalanya. Cepat-cepat mengikut rapat. Jalan secepat mungkin. Jalan lambat-lambat, merayap pacat lain pula. Haish.

Dah sejam meredah hutan. Tak pasti dah sampai ke mana. Jalan saja. Ni dah betul-betul tebal. Sampaikan semak-samun setinggi paras pinggang. Entah apa yang bersembunyi di balik belukar tebal ni. 

"Kenapa nak kena masuk hutan? Takde tempat lain ke nak bersembunyi?! Masuk Thailand ke?!"

"Sekurang-kurangnya dalam hutan ni tak sama macam dalam bandar. Mulut dan mata orang lebih bahaya dari makhluk-makhluk dalam hutan ni. Manusia adalah spesies yang paling tidak boleh dipercayai.

Nampak saja baik, muka nampak jujur trusted. Topeng semata."

Aku jawab ringkas.

"Awak pun pakai topeng."

Aku menoleh.

"Kau nak tengok muka aku?"

Suasana sepi seketika. Hanya bunyi unggas dan dedaunan hutan ditiup angin.

"Boleh ke? Janji, tak bagitau sesiapa kalau itu rahsia."

Aku tenung matanya tajam. Tarik sedikit topeng muka ke atas setakat batang hidung. 

Dia terkejut.

"Kau nak tengok sampai habis?"

Dia menggelengkan kepala cepat-cepat. Ku tutup kembali. 

"Jangan minta lagi nak tengok. Jalan."

"Awak tak nak tanya nama saya ke?"

Aku teruskan perjalanan tanpa menjawab.

"Tak nak tahu apa-apa tentang saya ke?"

Aku buat tak kisah. Teruskan jalan. Beg sandang dengan senjata kiri kanan tersangkut di bahu. 

"Saya kan...hari-hari beratus lelaki request nak follow saya kat Instagram. Tapi saya buat tak layan saja. Dekat universiti pun, berapa ramai nak mengurat saya..."

Aku jawab seringkasnya.

"Bila kau jadi mayat, ada yang berminat lagi?"

Dia terus terdiam. Jalan. Jam sudah melewati pukul 3 petang. Dah berjalan sejauh lebih 5 kilometer ke dalam hutan rimba. Beberapa kali juga perjalanan terhenti sebab perempuan ni mengah. Pancit. 

Aku hentikan langkah di tepi sebuah sungai. Wanita itu cepat-cepat ke tepi sungai untuk mencedok sedikit air. Dahaga yang amat.

Segera ku tepis tangannya.

"No. Kau tengok tu, tapak kaki haiwan-haiwan. Ada najis kering di sekeliling. Maksudnya, air situ tak elok untuk kau minum. Kau nak minum air yang bercampur air kencing binatang?"

Ku keluarkan botol air dari dalam beg. Bagi dia minum. Dia bukan tawananku pun. Aku tak culik dia. Tak juga menyelamatkannya. Aku cuma nak selesaikan 6 lagi kepala besar pembunuh, kemudian keluar dari sini. Transfer juta-juta ringgit dalam akaun. Travel luar negara. Lupakan segala. Jadi pembunuh yang lebih pro di luar negara. 

"Lah, kenapa tak cakap awal-awal ada air!" Wanita itu mengomel tak puas hati.

"Dah kau yang tak sabar."

Usai minum sampai habis sebotol air. 

"Apa rancangan awak sebenarnya ni? Dah jauh berjalan ni, bagitaulah saya. I'm also a part of this. Kalau saya mati, awak takkan dapat duit jugak."

Aku memandangnya sebelah mata.

"Nanti kau tahu juga. Ikut saja."

Muka dia tension. 

"Sekarang dah pukul berapa?"

"3.45 petang."

"Nak solat, boleh? Tadi, subuh dah tak solat. Takkan Zohor tak solat juga."

Aku terdiam seketika.

"Jalan depan lagi, kita akan sampai di air terjun. Kau solat di situ."

***

"Sejadah mana? Nak solat macam mana ni? Baju pun tak proper."

Banyak bunyi perempuan ni. Ku keluarkan satu kain celorang-celoreng camouflage. Tebarkan pada tubuhnya. Ngam-ngam tutup dah macam jubah. Memang guna untuk menyamar dalam hutan pun. 

"Kiblat?"

Ku pacakkan sebatang batang kayu kering yang tegak di tanah yang rata, ambil hujung bayang menghala ke arah matahari. Lurus bayang akan membetulkan arah kiblat. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang-bayang batang kayu tadi akan jatuh ke arah timur, arah kiblat ialah bayang-bayang yang menghadap ke barat.

"Dah, solat."

Dia melihatku.

"Awak tak solat ke?"

"Kau nak solat ke tak ni?!" Aku jerkah terus. Cepat-cepat dia start.

***

Usai solat. 

Aku dah mengarahkan untuk teruskan perjalanan.

"Kita kena cepat berjalan sebelum hari gelap."

"Kenapa kalau gelap?"

"Kalau malam, kau nak ular ganas sebesar batang pisang membelit dan memulas tengkuk kau ke?"

Dia terkejut. Takut. Perjalanan diteruskan.

"Awak, nak tanya. Awak jangan marah tahu. Awak Islam ke?"

Aku tak jawab pertanyaan bodoh tu. 

"Tapi, awak tahu pasal kiblat bagai. Mesti awak orang Islam. Tapi, kenapa awak tak solat? Solat kan tiang agama. Kalau tinggalkan solat, seolah meruntuhkan agama awak sendiri. Kan berdosa tu."

Aku berhentikan langkah.

"Kau rasa, kerja bunuh orang ni perlu solat lagi ke?"

Dia terdiam sambil berjalan. 

"Tapi, arwah ayah cakap, walau kita tak baik macam mana pun, solatlah. Kalau kita berzina, solatlah juga. Kalau kita rasuah, tipu orang, solatlah juga. Kalau kita tak tutup aurat, sosial, kaki rempit, solatlah. 

Mana tahu, dalam solat tu, Allah bagi hidayah untuk kita berubah dari buat benda-benda jahat tu lagi."

Aku dengar saja. Tak jawab. Aku malas nak argue pada benda yang betul. Pada aku, kalau diri sendiri salah, tak ada sebab nak tegakkan benang yang basah. Accept the fact, akui saja silap diri. Jangan jadi macam majoriti orang, dah buat salah, bukan main nak backup salah. Contoh mudah, artis buat salah, seksi di media, kena kecam, masih lagi nak pertahankan kesalahan. Bukankah itu suatu kebangangan? Seperti dah berak, tak flush. Sendiri tak nak mengaku tu tahi sendiri.

"Dalam hutan ni, tak ada budak-budak sekolah nak belajar, ustazah."

Dia betulkan tudung t-shirt di kepalanya. Sambil tersengih-sengih entah kenapa.

"Kau ni betul ke anak jutawan? Aku tengok macam poyo."

"Dah tu nak kena tampal duit juta-juta atas dahi ke baru nampak jutawan?"

Okay. Fine.

***

Tiba di suatu tempat yang agak lapang. 

"Kita bermalam di sini."

"Bermalam berdua dengan awak? Tak mahulah! Kita bukan mahram! Nanti kena tangkap khalwat macam mana?!"

Ergh. Aku rasa nak tembak perempuan ni.

Ku halakan rifle di bahu tepat ke mukanya.



Bersambung..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!