Mungkin - Part 3



"Turun."

"Kita nak ke mana?"

Aku malas nak jawab. 

Aku dah target sebuah kereta ni. Kancil L2s tersadai di tepi jalan. Ku umpil bonet depan. Potong wayar siren dan hon. Boleh saja cabut kepala bateri, tapi aku malas. Saja. Alarm detect di pintu je, bonet depan mana ada alarm. Kereta ni, kau locklah macam mana, boleh buka. Kecuali kereta tu kau buang stereng. 

Tak sampai 5 minit, aku dah tarik wanita itu masuk dalam kereta. Tinggalkan kereta Honda Civic hitam di situ sebagai ganti. Peduli apa. Bukan kereta aku juga pun.

"Kancil je?"

Kata-kata wanita itu menjengkelkan aku. Ni lah orang ada-ada. Dia tak tahu, kereta ni injection turbo. CC dah jahat. Aku dah check tadi. Kenapa aku pilih kereta ni? Senang nak menyelitlah. Apa lagi. Kereta besar-besar mewah cliche betul. Nak kejar mengejar pun tak lepas.

"Ha'ah. Kancil bodo je."

Ku tekan kereta tu sampai 180 km/j. Berdesup. Barulah tak terkata wanita tu. Mengucap tak henti-henti agaknya. 

Dalam setengah jam, kami dah berada di jalan besar. 

"Pandang sana jap."

Wanita itu melihat ke luar. Tak ada apa-apa. Sejurus kemudian, pengsan. Dah kena dah hentakan padu di leher. 

Ku tanggalkan topeng. Rimas. Sekarang baru bebas. Nak lalu tol pun tadelah obvious sangat suspek.

***

Dah sampai. Dalam hutan.

Stor dalam kebun kelapa sawit. Buruk saja luarannya. Ku usung wanita itu ke dalam. Baringkan di kerusi panjang. 

Dalam stor tu, ada sebuah caravan berkarat. Ku buka kunci mangga di pintu van. Masuk ke dalam. Ku petik suis lampu secara manual. Van yang penuh dengan senjata.

Okay.

Satu Long Range Rifle dengan Vanguard Endeavor RS IV Riflescope. Dua machine gun, IWI NEGEV Light Machine Gun. Semua dah tersedia lengkap.

30 minit telah berlalu. 

Sebuah kereta Charade Detomaso warna kuning teksi tahun 1993 dengan enjin 1589cc masuk ke dalam kebun sawit. Cermin gelap penuh.

Kereta itu berhenti betul-betul depan stor. Tiada siapa pun keluar dari kereta tersebut. Pegun diam dalam 10 minit. Sebelum cermin depan kereta itu tiba-tiba pecah dan tembakan berderu dilancarkan ke arah stor.

Tembakan tidak berhenti dengan heavy machine gun Military M134D/ GAU 19B 50 Cal. Ni kalau kena, boleh barai kepala. Bingit telinga dengan putaran tembakan tiada henti.

Stor usang tu ranap, hancur lebur. Asap berkepul-kepul keluar. 

Seorang lelaki sasa keluar dari kereta dengan shotgun. Dengan rokok di bibirnya. Berkaca mata hitam. Berhelmet. 

Bekas Komando Kasim. Antara 7 pembunuh paling hebat. 

ZUP! ZUP!

Dua tembakan dilepaskan dari jauh menyasarkan kepala si komando. Namun, tidak berkesan.

"Ha ha ha!! Keluarlah one on one. Tembakan kau tu tak dapat hancurkan pun helmet keras aku ni. Bullet proof whole body. Custom made!!"

Aku cuma diam dari dalam belukar. Aku dah agak, mesti dia ni yang akan bertandang dulu. Jenis berlagak nak nama. Nak tunjuk hebat. Nak jadi jaguh antara tujuh. Tapi, aku lagi pasti, dia pun cuma berminat dengan wanita kaya tu.

"Aku tak tahu nama sebenar kau, jadi kami namakan kau ''Lelaki Tanpa Nama''. 

Gila jugak kau ni ya. Dalam 50 pembunuh upahan terkenal, kau dah langkah sampai ke top 10 dalam masa 3 tahun. 

Ha ha ha ha jarang orang Melayu ke depan macam kau ni!!

Tapi, tak kisahlah siapa pun kau, aku datang hari ini untuk padamkan kewujudan kau di atas muka bumi ni!"

Huh. Cakap besar.

Zup! Zup!

Dua tembakan lagi ke arah bekas komando. Namun, tidak tepat padanya. Tapi, pada tayar kereta. Meletup terus keempat-empat tayar.

"Wah! Main kasar nampak!"

Dia berlari masuk ke dalam kereta. Kemudian keluar dengan machine gun. Menembak rambang sekeliling dalam putaran jam. 

Aku tak tahu dia ni bodoh atau tidak. Tak, dia tak bodoh. Tembakan rambang ini memaksa aku keluar dari belukar dan beranjak ke belakang.

Inilah masanya yang tepat untuk dia menangkap kelibatku!

Machine gun bertukar shotgun. Tembakan demi tembakan dilepaskan padaku yang telah kantoi. Sekali tembak, terbelah dua batang pokok tempat aku menyelinap. 

Ah gila! Dia berlari mendekatiku dengan tembakan tak berhenti!

Tapi silap besarlah.

Masuk dalam perangkap dengan mudah sekali. Kata hebat. Setakat ini saja?

Aku berada di belakang. Bukan di hadapan. Yang beranjak ke belakang tadi, bukan aku. Tapi cuma haiwan yang ku umpan. Melompat bila ketakutan dengan tembakan bertubi.

Tembakan pada tayar kereta cuma untuk meyakinkannya tembakan datang dari arah depan. Padahal rifle itu telah ku setup auto. Hanya perlu remote dari jauh. 

BRRRR! BRRRR!

Tembakan dengan dua machine gun bertubi-tubi dari belakang. Giliran aku pula menyerang.

Kelam kabut si komando berpaling dan cuba mengelak. 

"Kalis peluru ke tidak, aku tak peduli!"

Tembakan berderu sampai berasap panas machine gun ke arah komando. Sutnya berlubang-lubang sana-sini. 

Terduduk di tengah kebun. Darah keluar dari sutnya. Ternyata, lapisan-lapisan baju kalis peluru pun tak mampu menahan dua machine gun. 

ZAPPP!!

Komando tu terdongak rebah. Sebilah pisau rambo melekat di matanya. Tepat ke dalam mata memecahkan spek hitam yang dipakainya. Jurus terakhirku.

Aku melangkah keluar dari tempat persembunyian. 

Huh. Satu dah tumbang. Ada enam lagi. Fon berbunyi dalam kocek baju mantan komando. Ku capai. Ada suara garau,

"Tanpa Nama. Kau. Mati."

Aku senyum kambing sendiri.

"Come get me."

Seraya ku pijak hancur fon cikai.

Berjalan perlahan-lahan ke satu tempat yang agak jauh dari situ. Wanita itu sedang menanti dalam kereta yang terselindung di balik semak tebal. Dah sedar. Mukanya pucat lesi. Ketakutan. 

"Awak ni...siapa sebenarnya?"

Aku memandangnya sinis. Tidak menjawab soalan bodoh.

"Oh, saya tahu, awak sebenarnya sengaja reka semua scene ni demi mengurat saya dan awak ingat dengan cara ni boleh buat saya jatuh cinta dengan awak kononnya penyelamat saya?!"

Aku letakkan pistol tepat di dahinya.

"Aku boleh sepaikan otak kau dalam 1 detik kalau aku nak. Simpanlah cinta murahan kau tu.

Aku tak berminat.

Aku hanya minat duit kau.

Atau, jika aku tahu kau menipu, padahal sebenarnya duit tu tak wujud dan segala cerita juta-juta adalah rekaan..

...saat itu juga kau akan jadi mayat."

Dah. Gerak lagi. 

"Nak ke mana ni?" Wanita tu dah gelisah.

"Sana."

Sambil ku tunjuk jari ke dalam hutan belantara.



Bersambung..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!