Mungkin - Part 1



Tepat 3 pagi.

Aku melangkah masuk ke dalam sebuah rumah banglo.

Tiada satu pun CCTV terpasang. Atau aku yang tak nampak ada terselit di mana-mana. Ah, tak kisah.

Di sebalik topeng, bukan ada orang tau pun siapa aku. Serba hitam sut pakaian. Paling penting, pistol HK Mark 23 auto, suppressed with Osprey 45. Lebih kurang silencer. Bukanlah tak bunyi langsung kalau tembak pun. Tapi, aku takkan guna benda ni.

Sebagai ganti, aku dah sediakan pisau yang tak pernah gagal, Jagdkommando Tri- Dagger. Sekali hiris, terbelah halkum sampai ke tulang leher.

"Berapa?"

"RM100 ribu. Depositkan separuh tanda jadi."

"Hapuskan segala bukti. Tambah lagi RM20 ribu."

"Deal."

"But, kalau kau tak keluar dari rumah dalam masa 15 minit lepas masuk, kau akan kami bunuh."

"Tambah lagi RM50 ribu. Double deal untuk syarat tu."

"Deal."

Itu saja mesej yang ku dapat. Dengan detail location. Beberapa minit, 50k telah berada dalam akaun.

Pembunuh upahan.

***

Ku langkah perlahan-lahan. Berhati-hati.

Masa berjalan. Hanya ada 15 minit.

Aku bergerak dari bilik ke bilik. Semua kosong. Hinggalah ke bilik tidur utama.

Pintu bilik tidak berkunci. Terbuka luas. Cahaya lampu limpah ke luar.

Masa tinggal lagi 10 minit.

Aku kira, mungkin hanya tugas simple malam ni. Meleset. Sasaran masih belum tidur. Nak tak nak, kena guna pistol juga. Leceh betul.

Ku sambar kusyen berhampiran. Letakkan pistol di belakang kusyen. Untuk kurangkan lagi bunyi.

Sekarang!

***

Langkahku terhenti.

Sasaran tengah berada di atas sejadah. Menadah tangan dengan limpahan air mata di pipinya.

"Tuhan, berikanku kekuatan."

Masa ada lagi 3 minit.

Dia berpaling. Kehadiranku disedari. Cepat aku menerpa. Segera ku halakan kusyen ke mukanya. Tekap. Dia meronta. Ku tarik picu.

Bunyi tembakan kedengaran dalam bilik.

***

Tak lama, berdas-das tembakan berderu bunyi dalam bilik. Gila. Nak lumatkan mangsa ke dengan tembakan bertalu-talu?

Tak, tembakan bertalu itu rupanya disasarkan padaku.

Aku bersembunyi di balik almari besar. Menanti tenang.

Lima lelaki masuk ke dalam rumah.

ZAP!

Dua daripadanya terlentang di lantai. Terburai isi perutnya ditikam pisauku.

Tiga lagi sibuk menggeledah di setiap bilik. Mencari aku. Tak sedar yang dua rakannya sudah mengadap Ilahi. Hm, mudah saja ni.

Ku merangkak di dalam gelap.

Tiga das tembakan ku lepaskan dalam senyap. Tepat pada sasaran. Setiap satunya menembusi kepala. Ketiga-tiga lelaki itu nyata tersungkur tewas.

Amatur sangat.

"Sini!"

Ku tarik tangan perempuan yang ku sembunyikan di balik katil.

"Kita lari sekarang!"

Wanita itu takut-takut, namun tidak tunggu lama. Mengikut saja arahanku. Entah ikut kerana pistol di tanganku, atau kerana takut dibunuhku.

Tak peduli.

"Kita nak ke mana ni?!"

"Sejauh mungkin."


Bersambung...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!