Sebelum ni aku tak ambil pusing pun siapa Khabib apatah lagi dunia petarung UFC. Sebab aku kurang gemar aksi-aksi bertumbuk bagai ni. 

Tapi bila dah ramai rakan socmed share kisah Khabib, aku pun baca apa yang mereka tulis. Selepas baca, terus rasa nak kongsikan di blog. 

Sebab aku yakin, kisah Khabib akan menjadi bualan dan carian 'panas'  di Google. Hahaha. 

But satu je pengajaran yang aku dapat dari kisah Khabib. Kita hormat pegangan agama insan lain. Kita juga akan di hormati. Biarlah apa jua provoke yang datang, kau sabar. 

Semoga kemenangan Khabib ni, mampu menjadikan kita insan yang lebih matang bila berhadapan dengan seribu satu 'serabut alam'.

Fb hari ini dipenuhi dengan cerita Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor. 

Siapa mereka? Dan kenapa panas betul hal mereka berdua hari ini? Baik, ini cerita ringkas mengenai mereka. 

Conor McGregor ni seorang petarung UFC yang menganggap dirinya King. Dia berdendam dengan seorang petarung dari Rusia, Khabib yang juga beragama Islam. 

Si Conor ini menyerang peribadi Khabib berbulan-bulan sudah. Menghina agama Islam, menghina Khabib dan keluarganya sebagai pengganas, menyerang bas yang dinaiki Khabib dan orang lain hingga mencederakan mereka yang tidak bersalah. 

Dendam ini berlarutan sehinggalah perlawanan mereka merebut tali pinggang UFC yang terulung pada hari semalam, 6 Oktober 2018. Petarungan antara dua petarung ini dikatakan bakal menjadi pertarungan yang terhebat dalam sejarah UFC. 

Khabib memegang rekod kejuaraan 26-0. Sekali pun belum pernah kalah dan sudah lama menantikan perlawanan dengan Conor untuk membalas segala penghinaan terhadap agama Islam, dirinya dan keluarga. 

Conor dengan biadab mengejek agama Islam, bahkan semasa sesi pertemuan sidang media, Conor menawarkan whiskey yang dikeluarkan syarikatnya sebagaj penghinaan. Jawapan Khabib memang win, 

"Aku tidak minum dan tidak pernah minum. Apa kau sangka Whiskey itu dapat membantu (kemenangan) kepada kau?" 

Dan akhirnya, semalam adalah hari penentuan. Pertarungan UFC229 yang ditunggu ramai peminat UFC. Satu pertarungan antara dua jaguh terhebat, satu pembalasan kepada penghinaan yang telah lama Conor McGregor lemparkan padanya. 

Dan semalam, Khabib Nurmagomedov membuktikan beliau petarung terhebat dengan kemenangan 'won by submission' pada pusingan ke empat. 

Mengaku kalah terus si Conor kena cekik dengan dengan Khabib. Padan muka! Si Khabib ni pernah berlatih bergusti dengan beruang. Ada videonya. Kau orang cari je kat YouTube. 

Hal ini menjadi lebih kecoh bila Khabib melompat keluar dari kandang petarung untuk membelasah team Conor yang membuat provokasi dan menghina dirinya, keluarganya dan paling utama ialah menghina agamanya, Islam. 

Khabib pernah berkata, 

"Pada aku, agama adalah nombor satu. Sukan (UFC) bukan nombor satu."

Kemenangan Khabib menggegarkan seluruh dunia. Kerana pemilik UFC sendiri yakin Conor akan menjuarai pertarungan itu. Namun sebaliknya berlaku. 

Ini memberi tamparan hebat pada penyokong Conor dan umat Islam seluruh dunia meraikan kemenangan Khabib Nurmagomedov ini. 

Seorang petarung UFC yang kini memiliki rekod 27-0. Lebih penting, Khabib memenangi pertarungan ini untuk memuliakan Islam dan mengajar orang lain agar menghormati agama Islam. 

Kalau lihat video Khabib sebelum perlawanan, mulut dia tak henti-henti sebut Alhamdulillah dan InsyaAllah. Tanpa gentar memuliakan agama sendiri walau tahu UFC itu dimonopoli oleh non Muslim. 

Maka tidak hairanlah pertarungan ini menjadi bualan. Memang patut Khabib mendapat sokongan seluruh umat Islam termasuk netizen di Malaysia. 

Semoga artikel ringkas ini mampu memberi faham kepada semua netizen yang tertanya-tanya siapa itu Khabib Nurmagomedov dan kenapa nama beliau kerap dikongsi ramai. 


21 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. bagus khabib, kak lily tengok semalam pertarungan beliau secara online. memang patutlah mcgregor tuh kene belasah kaw-kaw, nak nak duk provoke tuh pasai apa kan dan kena

    BalasPadam
  2. Kan kak Lily. Kerana mulut,badan binasa. Kan dah mendapat.

    BalasPadam
  3. Baru tahu kisah Khabib ni...hehe..takde nampak plk kisah ni kat fb kak lin...tq Eiza share kat sini...

    BalasPadam
  4. Wahh... Ada link original untuk post asal? Saya pun jarang ambil kisah sangat pasal UFC tapi memang kagum dengan semangat Khabib ni sampai penuh timeline bercakap tentang perlawanan tu. Ya, dalam segala hal, sentiasalah berlaku hormat atas pegangan sesiapa sekali pun. Respek!

    BalasPadam
  5. Hasif Hamsyari. Done masukkan link fb Cikgu. Boleh lihat video provok, video Khabib dengan beruang di sana.

    BalasPadam
  6. padan muka dia. dia tu selalu provok orang. macam manalah orang rasis spt dia boleh dibenarkan bertanding. america patut buat sesuatu.

    BalasPadam
  7. Hari ini penuh pasal khabib ni kt FB. Lepas baca ni baru tahu apa isunya. Bagus si Khabib ni sebab utamakan agama dan Allah dari segalanya. Semoga Allah SWT merahmati hidup Khabib dan keluarga. Amin

    BalasPadam
  8. Padan muka si Mcgregor tu sape suh provoke sangat..kekadang ye la lama mana nak sabar hahah..apa pun bangga dgn kemenangan org islam..jap lg nak tgk la video penuh

    BalasPadam
  9. Sis kurang berminat le nak nengok aksi aksi belasah membelasah ni..hehehe, so tak kenal pun sesiapa n siapa Khabib ni..ketinggalan betoi kan sis..:D

    BalasPadam
  10. SR tak ambil tahu sangat pasal Khabib ni tapi itu lah bila dah viral baru ler taw cerita sebenar. hehe

    BalasPadam
  11. Owhhhh kira nie sesi utk dia balas dendam lah kan. Nampak lah video dia mengamuk keluar gelanggang belasah audience. Katanya sbb org tu kutuk islam. Wallahualam. Xtahu kesahiha berita tu.

    BalasPadam
  12. Syira tak minat sangat sukan ni. Mula tu blur jugak kenapa viral sangat khabib. Rupanya pasal kes ni. Memang patut pun kena belasah hehhe

    BalasPadam
  13. hari tu memang tengok video perlawanan diorang sebab geram dengan perangai conor tu.walaupon ada kontroversi sikit di penghujung perlawanan. tapi memang terbaik la, cuak habis muka conor, puas hati tengok dia kalah haha

    BalasPadam
  14. Ini ke yang ayah dan adik lelaki Nad tengok sampai lambat nak pergi keluar makan? Hahah adoiii. Bagus la entry ni awak. Padahal Nad taktau apape langsung kisah antara Khabib dan McGregor.

    BalasPadam
  15. Ohhh ni ka.khabibnya...akak duk ingat sapa la khabib yg org2 duk kecoh kt fb tu...
    Well done khabib...dat guy deserved smashes on his face!

    BalasPadam
  16. Allah.. Xtahu pun bab ni kalau tak baca kisah ni. Hehehe
    Tapi bagus la khabib ni. Pertahankan agama islam. Tak sewenang-wenang bagi pijak oleh bangsa lain kan.

    BalasPadam
  17. Serious emi tak tahu menahu langsung pasal khabib ni. Sehari dua ni je duk dengar member2 sembang pasal dia. Tapi dengar gitu2 jela heheh

    BalasPadam
  18. pertama kali dengar nama khabib..mulutnya sentiasa menyebut nama Allah...

    BalasPadam
  19. Ini baru betul-betul pejuang..paling best part dia pi bantai fan lawan..berani giler. mana taknya, org dak kutuk mak pak & agama kan

    BalasPadam
  20. mula tak tau pasal apa, tapi lepas baca komen, baru paham..bgus Khabib tenang orangnya, sampai masa, kebabom terbakar juga, hamik mcgregaor tu..sampai nak mati dikerjakan..hahaa

    BalasPadam
  21. Iya betul, di Indonesiapun ramai dibicarakan tentang ini. Saya awalnyabtak ngerti tp setelah baca artikel ini akhirnya aku jadi tahu poko sebenarnya. Intinya jadi manusia jangan sombong sebab masih banyak orang yang lebih henat dari kita. Terbukti khabib telah mengalahkan orang yg sering menghinanya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama