My Instagram

McDonald’s Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) rai lebih 500 anak-anak yatim dan asnaf untuk berbuka puasa.


Azmir Jaafar, McDonald’s Malaysia Managing Director and Local Operating Partner delivers his speech at the event.

Assalamualaikum dan hai.

Pada 19 Mei 2018 baru ni, lebih 500 kanak-kanak dari 12 rumah kebajikan di Selangor diraikan dalam satu majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) di Masjid Kampung Raja Uda, Persiaran Raja Muda Musa di Klang, Selangor.

Antara rumah kebajikan dan kanak-kanak yang menerima bantuan.
Majlis berbuka puasa yang diadakan ini merupakan inisiatif tahunan McDonald’s dan penganjurannya dengan kerjasama MAIS, Lembaga Zakat Selangor dan YIDE pada tahun ini menjadikannya sebagai majlis berbuka puasa dengan jemputan paling ramai pernah diadakan oleh McDonald’s Malaysia.

Setiap rumah kebajikan menerima sumbangan RM10,000 dari RMHC manakala kanak-kanak menerima RM20 setiap seorang menjadikan jumlah sumbangan bernilai RM130,000 yang disampaikan pada majlis ini. 

Sumbangan yang dihulurkan sungguh bermakna buat mereka.

Setiausaha MAIS  YBhg Dato’ Bakhtiar bin Hussin  dan juga Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar merupakan antara tetamu kehormat yang turut hadir dalam majlis ini.

Dato’  Bakhtiar  dalam ucapannya berkata, MAIS berasa amat sukacita dapat bersama-sama McDonald’s, Lembaga Zakat Selangor dan YIDE dalam usaha sebegini yang memfokuskan kepada membawa kegembiraan kepada anak-anak yatim dan asnaf di bulan Ramadan yang mulia.

Kegembiraan terserlah di wajah mereka.

Selain meraikan anak-anak yatim dan menjamu mereka dengan pelbagai hidangan tempatan untuk berbuka puasa, McDonald’s turut mengumumkan mengenai Nasi McD iaitu menu baharu yang diperkenalkan sempena bulan Ramadan. 

McDonald’s Malaysia pada tahun ini komited meneruskan pelbagai aktiviti tahunan lain sempena sambutan bulan Ramadhan, antaranya termasuklah tajaan moreh di surau-surau dan masjid-masjid di sekitar lokasi restorannya, tajaan moreh di 26 institusi pengajian tinggi dan juga agihan kurma dan air untuk berbuka puasa kepada orang awam di stesen-stesen LRT terpilih.

Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan setempat juga merupakan aktiviti yang sering dijalankan di restoran-restoran McDonald’s di Malaysia. 

Sejak tahun 2016 sehingga kini, kira-kira 10,000 aktiviti bersama komuniti telah dijalankan oleh restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara. 

Di samping itu, inisiatif kemasyarakatan jangka panjang – Anugerah Guru Inspirasi telah diperkenalkan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada guru-guru terpilih yang telah melaksanakan tugas mereka lebih dari seorang pengajar dan memberi impak positif kepada pelajar dan komuniti. 

Manakala, ‘Bulan Komuniti’ pula adalah satu inisiatif  di bulan Oktober setiap tahun bersempena dengan Hari Kanak-Kanak Malaysia yang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang difokuskan kepada kanak-kanak.

Syabas diucapkan di atas kerjasama murni ini. Di harap usaha sebegini akan berterusan selamanya. Thanks for reading. ❤