Assalammualaikum dan hai.

Populasi penyu semakin menurun dan ini menunjukkan bahawa kepupusan penyu bukan perkara mustahil.  Bagi meningkatkan kesedaran dalam ancaman yang dihadapi penyu, SofeaRose telah berkerjasama dengan SEATRU (Unit Penyelidikan Penyu Universiti Malaysia Terengganu) dalam kempen memulih dan memelihara penyu. SEATRU bermula pada tahun 1984 apabila penyelidikan Penyu Belimbing di Rantau Abang dimulakan. 

“Jika kami tidak melakukan sesuatu untuk memelihara penyu, pada masa hadapan kita hanya dapat melihat penyu hanya di muzium-muzium."


Secara purata, hanya 1 dari 5000 anak penyu akan hidup sehingga ke peringkat dewasa kerana ancaman dari pencemaran laut, pemburu penyu, haiwan pemangsa, dan lain-lain. Memasuki tahun keempat di dalam industry, SofeaRose mengambil inisiatif dengan menghasilkan koleksi pakaian bertemakan Puteri Duyung (Mermaid) bagi mengumpul dana program ‘SEATRU – Adopt a Turtle’. Dengan mengambil penyu sebagai anak angkat, wang akan digunakan untuk prosess pemuliharaan penyu seperti memantau pergerakan penyu, melindungi habitat, membeli peralatan veterinary dan banyak lagi. 


Bagi membela nasib alam semulajadi, SofeaRose akan menyumbangkan sebahagian jualan dari koleksi Mermaid kepada program ‘SEATRU – Adopt a Turtle’ bagi menyokong pemuliharaan penyu. Semua wanita di dunia ini tahu, Puteri Duyung merupakan seorang wanita yang sangat cantik dengan perwatakan lemah-lembut, penyayang dan periang. Ini membuatkan ramai wanita mengkagumi dan mengimpikan untuk menjadi seperti Puteri Duyung. Tidak terkecuali wanita-wanita di SofeaRose, mereka telah berusaha menghasilkan koleksi tudung serta pakaian Ready To Wear (RTW) dan juga koleksi Raya tahun 2018 yang diinspirasikan oleh kecantikan Mermaid!


Salah satu dari tudung adalah Diona, diperbuat daripada Satin Matte berteknologi tinggi. Tudung bercetak ini boleh didapati dari RM79 dan dilengkapi dengan charm dan kotak yang dibuat khas bagi koleksi ini. Mencuba sesuatu yang luarbiasa, SofeaRose  merakamkan video seorang Puteri Duyung memakai tudung Diona berenang di dalam air:  https://www.youtube.com/watch?v=543SV9nKLIk.


Selain koleksi tudung, SofeaRose juga mengeluarkan koleksi Ready To Wear (RTW) dan 13 Baju Raya Mermaid. Antaranya Baju Mini Kurung, Baju Kurung Moden, Jubah, Baju Kurung Kedah dan beberapa lagi. Koleksi Mermaid SofeaRose ini boleh berharga dari RM59 hingga RM419 dan sebahagian dari duit anda akan digunakan untuk tujuan pemuliharaan penyu.


Pembelian boleh dilakukan melalui tiga jenis cara iaitu dengan menghubungi...
❤Penasihat Imej di 019 – 635 0313 (Teha). 
❤Kunjungi butik SofeaRose di Bangi Sentral. 
❤Menerusi laman sesawang di www.sofearose.com


Dengan setiap pembelian RM100 keatas, pelanggan secara langsung akan didaftarkan sebagai Ahli SofeaRose dengan PERCUMA seumur hidup dan mendapat potongan 20% untuk setiap koleksi SofeaRose.

For more details, please contact 
Mior at 012-2900 521 OR Syafiqa at 013-236 1690.
SofeaRose Wisma Qzara, Jalan Nelayan 19/B,
Seksyen 19, Shah Alam,
40300, Selangor

Thanks for reading. ❤

32 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. cantik cantik kan koleksi dorang. baguslah buat kempen selamatkan penyu tu

    BalasPadam
  2. cantik2 betul design tudung2 Sofearose ni

    BalasPadam
  3. Lawanya! Nampak very classy & elegant lah

    BalasPadam
  4. Cantik. Kombinasi warna pun terserlah. Nampak sangat ekslusif.

    BalasPadam
  5. Bravo... sukses untuk SofeaRose semoga makin berkah jualannya dan makin jaya. Terima kasih sudah turut melestarikan penyu dengan memberikan sumbangan untuk pengelolaan penyu. Ini patut diberikan apresiasi dengan membeli tudung banyak banyak dari SofeaRose.

    BalasPadam
  6. The scarf looks nice and I love the combination of colors. Young and trendy scarf that suit the latest baju Kurung. The mermaid scarf looks elegance and classic.

    BalasPadam
  7. Cantiklah tudung dia, kain pun nampak selesa bila dipakai!

    BalasPadam
  8. Suka dengan perniagaan yg berkolaborasi bersama dgn agensi2 pemuliharaan dan pemeliharaan mcm nie. Business woth purpose kata org. Semoga hidup penyu di Malaysia lebih terjamin lepas nie.

    BalasPadam
  9. Cantik sangat tudung ni nmpak lembut dan senang di pakai.. Mesti selesa walau pakai seharian.. Harap harganye jugak mampu milik hihi

    BalasPadam
  10. tahniah SofeaRose atas penganjuran projek kesedaran penyu. tudung dia semua pun cantik2.nak terjah lah butik sofearose yang akan di buka di MM nanti. tudung raya maybe. hehe

    BalasPadam
  11. Cantikkan tudung sofearose. Ayu paling suka shawl dia selain drod fabrik best senang dibentuk. Corak dia pun cantik apatah yg dr siri mermaid tu. Mmg best

    BalasPadam
  12. Pernah nampak iklan Sofea Rose menari-nari kat facebook akak. Pernah click juga sebab nak tengok. Cantik juga design mereka. Nama pun sweet sangat...Sofea Rose. Square Scarf ni kalau pandai lilit jadi ala ala shawl juga walaupun bentuk segiempat.

    BalasPadam
  13. jarang ada fesyen buat charity mcm ni. nak nak lagi yg jual tudung. pasti ada ramai pembeli sbb design serius lawa. warna lembut pastel mcm ni mmg tgh in sekarang

    BalasPadam
  14. Benda paling penting kalau beli tudung kena senang nak dibentuk. Kalau tak boleh cetuskan perang dunia ketiga. Pilihan warna yang menarik dan satu usaha bagus nak selamatkan binatang hampir pupus macam penyu.

    BalasPadam
  15. Wahh terbaik..siap adakempen selematkan penyu. Sis sokong usaha murni diaorng ni. Tengok design cantik2 jugak..bolehlah melaram di Hari Raya nanti dlm masa yg sama berbakti pada haiwan

    BalasPadam
  16. Memang cantik design dia.jenis kain pun best senang nak bentuk dan flowy

    BalasPadam
  17. Wah cantiknya tudung ni. Teringin ika nak pakai time raya ni. Alangkah indah nya dapat satu hehhe

    BalasPadam
  18. Cantiknya koleksi tudung Sofea Rose ni. Warnanya pula lembut dan warna pastel menyerlahkan lagi si pemakai. Tengok kualiti pun bagus dan material kain yang elok.

    BalasPadam
  19. Kombinasi yang menarik pada setiap design yang dihasilkan.. TB suka kaler dan design design nya.. lain dari yang lain.. material pun bagus. memang menjadi idaman ramai

    BalasPadam
  20. cantiknya baju diaaaa. moga kempen yang dilancarkan ni berjalan dengan baik. saya sendiri orang Terengganu dan kadang geram bila pergi ke pasar2 payang masih ada yang menjual telur penyu pada pelancong. padahal populasi penyu itu sendiri dah makin pupus. sedih pulak kalau difikirkan.

    BalasPadam
  21. Tudung ni semuanya cantik untuk gadis-gadis. Akak suka tengok orang pakai. Tapi material satin ni tak sesuai untuk bentuk muka akak. Dia tak kembung cantik camtu diatas. Suka Sofea Rose yang bercorak tu. Bila dia nak buat shawl? Hahahaha. Akak nak beli.

    BalasPadam
  22. Sekarang ai dah fall in love dengan SofeaRose. Tudung cantik dan selesa. Baju je yang belum cuba lagi.

    BalasPadam
  23. I love their soft and pastel color, it makes it very versatile to mix and match with clothes.

    BalasPadam
  24. Lately hear about this brand and they indeed have a beautiful and soft color type. Now u have more choices to choose for my friends... Already but this for my Muslim friends birthday...

    BalasPadam
  25. @RubyDotMy Shawl dan Instand Shawl pun ada. Jenis kain memang mudah bentuk. Eiza masa mula-mula pegang dok rasa...ahh kain jenis ni susah la eiza nak pakai. Tapi bila dah letak kat kepala, eh...senangnya. hahaha.

    BalasPadam
  26. CANTIK TUDUNGNYA YA..CORAK MENARIK. TERLETAK ELOK TAK DEKAT KEPALA, LICIN TAK??

    BalasPadam
  27. Lembut je color dia..terberkenan la tengok..harap senang nak bentuk kat muka Sal..hehhee

    BalasPadam
  28. Warna dia semua sweet sweet je. Haida pun suka pakai ni. Yang penting bidang dia besar. Tu yang paling best.

    BalasPadam
  29. ohsem tudung tu ... kalau anda pilih bokitta, naelofar dgn tudung alhumaira, yg mana jadi pilihan anda?

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama