Salah satu hobi aku ialah aku suka kumpul free gift. Tapi aku hanya pilih free gift yang comel dengan harga yang masuk akal. (Pengguna bijak 😉) Dan yang paling penting, barang or item yang nak aku beli tu, memang aku nak guna. Bukan sebab gift tu comel dan aku main beli je. No no no no.

Macam baru-baru ni, memang dah niat dari awal, nak beli overnight pads sebab berbaki 4 keping dalam simpanan. Paras merbahaya nih! 😱

Sebaik sahaja selesai hantar 2 hero aku ke masjid, aku, Hud berserta 2 my girl bergegas ke pasaraya besar. Kami ada masa sejam setengah untuk shopping. Sambil drive sambil fikir, jalan mana aku nak ikut untuk elak jem.

Sebelum parking lagi, aku dah bahagikan tugas. Yana akan terus ke bahagian ayam. Sebab makan masa juga untuk beratur dan tunggu giliran ayam siap di potong. Yaya pula aku tugaskan untuk cari troli berdekatan. Alhamdulillah kami dapat parking di bahagian parking keluarga. Jika tak, jauh kami nak menapak dari tempat parking biasa. Dan masa itu emas buat kami. 😛

Ada 2, 3 barang yang wajib beli. Semangat kena kental agar tak terbeli barang yang tak sepatutnya. Besar dugaan dan godaan bila kaki dah jejak pasaraya ni. Hud macam biasa, dah terjerit nak itu nak ini. Walhal baru saja lepas lunch. Ishh, ni mesti kes rambang mata.

Selesai jumpa Yana di bahagian ayam, kami terus pilih buah-buahan. Terpandang pulak pisang cavendish RM3.99 per kilo! Aku pilih epal hijau, hud nak epal merah. Done urusan kami di situ.

Biasanya jenama pads apa yang korang pilih? Macam aku, aku ada beberapa jenama yang menjadi jenama favourite. Aku jenis yang tak setia pada satu jenama. 😆

Libresse, Intimate atau Kotex adalah antara jenama yang akan aku bandingkan harga sebelum beli. Macam baru ni, Kotex dan Libresse dijual dengan harga promosi berserta free gift yang super comel, memang berbaloi menjadi pilihan. Biasanya jarang kotex nak bagi free giftkan.

Disebabkan harga promosi Kotex lebih murah dari Libresse, aku dan Yana sepakat pilih Kotex. Teruja muka 2 my girls ketika pilih corak pouch kegemaran.

Masuk je dalam kereta, Hud dah minta Yana untuk koyak plastik lut sinar kotex sebab dia nak pegang pouch beg tu.

"Hud nak simpan lego Hud la." Senang hati dia masukkan beberapa koleksi lego ke dalam pouch bag warna pink. Layankan saja asalkan dia tak buat perangai ketika aku drive.

Begitulah rutin hari Jumaat aku jika pada hari tersebut aku perlu ke pasaraya. Pembahagian tugas dan senaraikan terlebih dahulu barang keperluan, penting jika korang nak cepat macam aku.

Thanks sebab sudi singgah dan baca coretan aku untuk kali ni. Until we meet again. ❤


6 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. follow sini hihi. sha suka jugak beli barang yang ada freegift, ala nak jugak pouch tu tapi takguna kotex T____T

    BalasPadam
  2. Sifat wanita memang suka kumpul free gift...kdg2 beli sesuatu bkn sebb guna atau perlu tpi sbb nk gift dia je...hihihi. Comel pouch tu... X pnh tgk lagi

    BalasPadam
  3. comel betul pouch tu. kadang sampai sayang pulak nak guna :)

    BalasPadam
  4. Comella bag tu...Sis pun suka kumpul free gift, sampai kadang bagi-bagi kat sapa yang berkenan hehehe

    BalasPadam
  5. dulu lisa pakai kotex.. pastu mcm keras. tukar ke libresee... sampaila sekaranggg

    BalasPadam
  6. sama laa.. mama pun suka beli yg ada free gift hihi

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama