Carousell

Assalam dan hai 😊

Hari ini aku nak share satu event yang akan berlaku pada hari Sabtu dan Ahad ni. Ye betul, beberapa hari je lagi.

Pada 10 dan 11 Mac 2018 bertempat di The Square Publika, KL dari jam 11 pagi hingga 10 malam, Carousell iaitu salah satu diantara Mobile Classified Marketplace terbesar yang makin pesat penerimaannya didunia dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah (MRCS) akan mengadakan CAROUSELL LIVE iaitu pasar lambak!

CAROUSELL LIVE bertujuan membantu pengumpulan dana bagi aktiviti MRCS seperti operasi bantuan bencana, kesihatan dan khidmat masyarakat, pembangunan kapasiti serta pembangunan belia. MRCS akan menjual barang pre-loved yang disumbangkan oleh orang awam sebagai satu usaha untuk mengumpulkan dana. Barangan pre-loved tersebut akan disenaraikan di Carousell bagi tujuan memperluaskan kutipan dana luar dari Lembah Klang.

Top Carousellers dan Selebriti

InsyaAllah, Carousell Live akan menampilkan 20 Carousellers dan juga selebriti seperti Zahiril Adzim, Sheira Ayoub, Nadia Brian, Sarah Hidelbrand, Nabil Mahir, Shalma Ainaa, dan Natrah, yang akan menjual barang baru dan barangan pre-loved seperti fesyen, aksesori, seni dan juga barangan elektronik. Korang pasti akan dapat beberapa tawaran hebat untuk item pilihan.


"Carousell Live adalah memberi ruang kepada Carousellers untuk memaparkan dan menjual barangan mereka. Ia jugak menjadi landasan bagi kami untuk menyumbang semula kepada masyarakat melalui perkongsian penting seperti ini dengan MRCS. Kami jugak berharap rakyat Malaysia akan memberi sokongan pada acara ini dan membantu membiayai operasi mereka," kata Lucas Ngoo, Pengasas dan Ketua Pengawai Teknologi Carousell.


Komitmen Carousell

Ini menandakan komitmen berterusan Carousell ke pasaran mudah alih yang didorong oleh komuniti, yang menggalakkan gaya hidup lestari. Visi ini telah banyak dikongsi oleh MRCS, mengenai  asas penubuhannya yang berkisar pada kemanusiaan, kemerdekaan, berkecuali, kesaksamaan, perkhidmatan sukarela, perpaduan dan kesatuan. Prinsip-prinsip asas pergerakan INTERNATIONAL RED CROSS and RED CRESCENT.


" MRCS dengan sukacitanya mengalu-alukan kerjasama pengumpulan dana ini dalam penglibatan masyarakat dan menegaskan kembali komitmen kami untuk meringankan penderitaan manusia akibat kejadian bencana alam dan man-made disaster serta segala jenis cabaran di negara ini." kata Dato Sayed Rahman Sayed Mohd. Sekretaris Jenderal daripada MRCS.


About Carousell

Carousell adalah aplikasi mudah alih dalam talian bagi pengguna membeli dan menjual barangan baru dan terpakai yang kini boleh didapati di Malaysia, Singapura, Indonesia, Taiwan, Hong Kong dan Australia. Pada Ogos 2012, Carousell bermula di Singapura dan telah berkembang ke 19 bandaraya di seluruh dunia. Dengan lebih daripada 110 juta penyenaraian barangan, mereka adalah salah satu pasar yang terbesar dan paling pesat berkembang di dunia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Carousell

Atau muat turun aplikasi Carousell dari Apple Store atau Google Play Store. 


SALE IN A SNAP. BUY WITH A CHAT.

2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. wah menarik nih
    pergi tak event nih nanti?

    BalasPadam
  2. Baguslah ada program kumpul dana macam ni.. nasib baik dah install apps dia.. nt boleh usha barang2 yg ada

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama