My Instagram

Part 2 (akhir) : HOMESTAY (Seramlicious)



Mereka pandang ke arah kami dan kembali bercakap sesama mereka. Suami suruh aku bawa masuk anak-anak ke dalam rumah sementara dia nak pasang stering lock dan kunci kereta.

"Abang, ada minyak gamat tak?"

Aku toleh pandang ke arah suami. Ada 3 orang remaja lelaki usia dalam awal 20an sedang bercakap dengan suami aku. Jarak mereka dengan aku tak jauh mana. Aku dapat dengar setiap perbualan mereka. Aku dah arah Daniel untuk ambil sebotol minyak gamat.

"Jatuh moto ka?" Tanya suami aku. Aku pun syak perkara yang sama sebab aku tengok salah seorang daripada mereka jalan terhenjot-henjot.

"Ha a. Jatuh moto abang. Tapi sikit je."

"Mai dari mana ni?"

"Mari dari xxxxxx. Nak sambut tahun baru kat Penang."

Setelah botol minyak gamat bertukar tangan, aku dah tak tunggu lama. Terus masuk ke dalam rumah. Begitu juga dengan suami aku. Cukuplah mukadimah tadi. Dah tengah malam sangat dah ni. Time tu jugalah anjing tiba-tiba menyalak dengan suara yang mendayu-dayu.

Pagi esok, suami aku balik dari beli breakfast dengan muka semacam. Aku tanya kenapa. Dia cerita, rasanya lebih dari 20 biji moto yang ada di luar kawasan homestay. Kawasan parking yang ada muat untuk sebiji kereta. Rumah tersebut ada tiga bilik tidur, satu bilik air dan satu tandas.

Mungkin di sebabkan itu, ada beberapa orang dari mereka ambil tindakan drastik untuk mandi di kawasan parking. Dengan hanya berboxer, itu satu pandangan yang jarang berlaku di kejiranan kami. Ada yang sedang baiki moto dengan hanya memakai towel tanpa berbaju. Bisingnya mereka korang boleh bayangkan sendiri. Mereka dalam dunia mereka.

Malam tu, kami sampai rumah dalam jam 1 pagi sebab bawa anak-anak tonton Jumanji. Tersangkut dalam jem. Beberapa laluan ditutup sempena sambutan tahun baru adalah sebab kami lewat sampai ke rumah. 

Dari jauh dah nampak beberapa remaja homestay baring atas jalan tar. Bila nampak kenderaan dari jauh, mereka bangun. Lepas kenderaan berlalu, mereka kembali baring di atas jalanraya. Mungkin mereka suka melihat bintang dilangit.

Esoknya, setelah geng konvoi sambutan tahun baru meninggalkan homestay, mula kelihatan seorang demi seorang  jiran keluar untuk melihat tempat kejadian. Kanak-kanak mula mengayuh basikal mengelilingi kawasan perumahan. Ada juga yang bermain badminton setelah 2 hari berkurung di dalam rumah.

Kawasan homestay bersepah dengan bekas plastik minuman dan botol air. Itu di luar kawasan rumah. Belum lagi didalam rumah. Selamat mengemas aku ucapkan kepada pemilik homestay.

Cerita pemilik homestay, dia diberitahu yang akan menyewa homestaynya adalah sebuah keluarga. Bukan sekumpulan geng konvoi. Sebab dia sendiri sedia maklum keadaan rumah dan kawasan kejiranan tak sesuai untuk terima penyewa dalam kumpulan yang ramai. Kesal dia bila ditipu sebegitu.


Pesan aku, bersikap jujurlah ketika memberi maklumat kepada pemilik homestay. Ada beberapa jiran dah plan nak telefon pihak polis jika berlaku sesuatu yang tak diingini. Siapa tak seram melihat akhlak yang mereka pamerkan. Nak nak jiran yang ada anak.


4 ulasan

Minionlicious Enterprise berkata...

eiii..macam tu pulak..kan?

Sang aura berkata...

kesilapan dari pemilik homestay juga yang tak double check semasa prosrs penyerahan kunci

Sue Izza berkata...

Akal budak2 muda nak berseronok la tu haihhhh....

IQ = Izyan Balqis berkata...

susah klu bab2 mcm ni org xbrlaku jujur. kesian pmilik homestay