My Instagram

Part 1 : HOMESTAY (Seramlicious)



Hai korang. Thanks ya sebab sudi baca artikel aku untuk kali ni. Perkongsian kali ni terpaksa aku buat part by part kerana banyak tip yang aku nak share dengan korang. Selain tip ada juga sepatah dua pesanan untuk korang yang ada bisnes homestay dan yang tengah plan nak sewa homestay. And the story begins...

Selang beberapa rumah dari rumah my mum, ada sebuah homestay. Dah kenapa ayat aku kali ni dah rupa karangan murid sekolah rendah?

Sebelum ni, kami penduduk asal dikawasan perumahan tiada masalah dengan penyewa yang tinggal di homestay tersebut. Cuma baru-baru ni kejadian sehari sebelum malam new year, dah tinggalkan satu pengalaman baru buat kami.

Lewat petang 30hb December baru ni, anak-anak aku dah bising, "Mama, kereta kita kena block. Banyak motor parking. Macam mana kita nak keluar malam nanti?"

"Nak keluar nanti, kalau motor tu semua tetap tak berubah, kita suruh la depa ubah."

Dan alhamdulillah, walaupun kena himpit kiri dan kanan, aku berjaya juga keluarkan kereta aku pada malam tu. Destinasi kami,  Stesyen KTM Seberang Perai Penang. Aku plan nak lalu ikut Jambatan Pulau Pinang 1. Dah hampir tengah malam, jalan konfem clear. Dan...

Bermula dari Tapak Pesta Sungai Nibong hingga sepanjang jalan menghala ke jambatan, jalan sesak ya amat. Why? Malam ni last Pesta Pulau Pinang ke? Ke ada sebab lain yang aku tak dapat info? Walau apa jua punca kesesakan, aku dah tersangkut dalam jem dan pemanduan harus di teruskan. Bismillah and keep calm ketika drive.

Tips ketika memandu dalam kesesakkan. Waktu ni, kau kena banyak main lampu signal dan jangan teragak nak tukar laluan jika keadaan mengizinkan. Hati kena sedikit kejam untuk tidak beri peluang kepada kenderaan yang suka potong barisan. Potong barisan dan tukar laluan adalah dua perkara yang berbeza. Note it! Aku kejam? Kejam lagi orang yang potong barisan orang lain.

Setelah hampir setengah jam memandu, akhirnya kami sampai juga di Stesen KTM. Aku parking tepi jalan memandangkan lagi 15 minit ETS dari KL Central di jangka tiba. Please pastikan kenderaan korang tidak menghalang keluar masuk kenderaan lain. Kau mudahkan urusan orang lain, insya Allah urusan kau juga akan dipermudahkan.


Kami sampai ke rumah dalam jam 1 pagi. Dari jauh aku dah nampak lebih dari 5 orang lelaki yang tinggal di homestay masih berada di luar rumah. Ada yang lepak atas pagar batu dan ada yang lepak atas moto.

To be continue. 


4 ulasan

Eyqa Hasnan berkata...

Why tak cerita habissss.. Tak sabar nie.....

Sang aura berkata...

okay..taksabar tunggu ni.ehehe

IQ = Izyan Balqis berkata...

part 2 plissss

Nadia Johari berkata...

tu dia..hehee..