My Instagram

Life is delicious. Tips didik anak untuk disiplin.



Salam dan hai korang 😉

Setiap pagi, semasa drive hantar anak ke sekolah, sepanjang jalan tu la mulut aku tak henti bercakap. Dari marahkan pemandu yang tak pandai guna lampu signal, hinggalah sikap pemandu yang parking kereta macam jalanraya milik mereka sorang.

Siapa tak marah jika dah lebih 5 minit kau tunggu nak keluar simpang. Belakang kau pula dah beratur kereta. Belah kiri jalan, laluan dah clear. Belah kanan ada sebiji kereta dan bila tiba kat simpang,  dia belok masuk kanan! Apa salahnya jika  on signal ke kanan seminit dua sebelum masuk simpang. Tak faham aku spesis pelupa macam ni.

Tak pasal-pasal terus aku buka topik disiplin sebagai mukadimah untuk anak aku. Disiplin means peraturan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik. Contoh setiap pagi, bangun je dari tidur, terus kemas katil. Bukan tinggalkan huru hara macam tu saja. Towel sidai di towel rack. Bukan letak atas katil atau rak buku. Segala urusan seterika baju sekolah atau tudung, kau siapkan pada waktu malam bukan pagi ketika nak pergi sekolah.

Kemas buku sekolah sebaik sahaja dah siap kerja sekolah. Bukan waktu pagi baru lah tercari-cari mana pulak buku itu dan buku ini. Memang aku potong elaun sekolah jika ada yang tak disiplinkan diri.

Bukan kejam tapi bukan mudah nak disiplinkan anak. Pelbagai cara dah aku guna tapi tak jalan. Akhirnya aku juga yang penat betulkan apa yang mereka tinggal. Mereka juga yang terlambat ke sekolah sebab aku dah tersangkut dalam jem.

Dan sistem potong elaun ni akhirnya dah meninggalkan kesan dalam hidup anak aku.

"Eh, kemas katil kau. Nak kena potong elaun lagi ke?"

"Woi! Iron baju dulu. Esok hang lambat aku suruh mama tinggal hang."

"Syoknya baca komik, buku sekolah dah kemas ka?"

Itu antara dialog sesama mereka yang aku terdengar. Mereka warning mewarning serta ingat mengingati.

Sekali sekala, aku cerita kat anak pengalaman aku semasa tinggal di asrama dulu. Semua kena cepat dan on time. Lambat bangun pagi, lambat kau mandi. Lambat mandi, lambat kau siap dan bila dah lambat siap, beratur panjang la kau kat dewan makan nanti. Lagi teruk tak sempat makan sebab loceng sekolah dah nak bunyi.

Kemas katil memang rutin wajib sebaik sahaja turun dari katil. Boleh stress tengok kawan-kawan happy dapat outing hujung minggu. Kau pula tak dapat keluar sebab kena denda. Merenung ke luar jendela. Sambil layan bayu pagi yang bertiup lembut.

Sebab kemas katil je. Setakat kau sorang didenda cool lagi. Ni satu bilik terkesan dengan sikap tak berdisiplin kau. Memang kena bahan la kau sehingga minggu akan datang. Betul punya tekanan mental. 😂


2 ulasan

Nadia Johari berkata...

memnag mencabar nak didik anak ni

Fatin Shahrizam berkata...

Semoga dipermudahkan yeaa. Sangat mencabar untuk didik anak anak zamana sekarang. Tak rasa and ada pengalaman sendiri lagi. Selalu dengar dari kawan kawan jea.