Tips: Paras seluar panjang wanita yang betul. - Eiza GreenAppleKu

Tips: Paras seluar panjang wanita yang betul.



Kali ni aku nak kongsi tips yang aku dapat daripada Puan Mary. Agar korang tampil penuh berkarisma dan sedap mata memandang. Selepas baca tips ni, terus aku buat spot check, adakah selama ini aku berada di landasan yang betul? 

Berdebar jantung ketika spot check dijalankan. Sebab sebelum ni aku tak ambil peduli pun. Yang aku pasti, semua seluar aku memang tutup sebahagian daripada bahagian depan kasut. Tak lah labuh hingga mencecah lantai. Sebab aku takut tersadung dan tersembam je. 

Dan alhamdulillah, aku masih berada di landasan yang benar. So lepas ni, lebih berkeyakinanlah melangkah ke hypermarket untuk membeli barang keperluan dan ketika membuat penghantaran brownies. Wanita dan imej berpisah tiada. 



THE TIPS. 

Paras seluar panjang yang boleh dipakai ke tempat kerja atau sesuai untuk suasana profesional perlu mematuhi syarat seperti berikut:

1. Hanya sebahagian daripada bahagian depan kasut yang dipakai dengan seluar tersebut kelihatan. Sebaiknya bahagian depan seluar menutupi kaki apabila berada dalam keadaan berdiri (tidak bergerak).

2. Bahagian hujung sebelah belakang seluar sebaiknya menutupi separuh tumit kasut.

Selain itu, juga perlu perhatikan dan pastikan...

SELUAR TIDAK KETAT
Seluar untuk tujuan profesional tidak boleh ketat sehingga menampakkan bentuk kaki, betuk betis, bentuk paha dan seumpamanya. 

Perlu ada ruang yang selesa di antara fabrik seluar dan kulit kaki.

WARNA YANG BETUL
Seluar panjang formal digalakkan berwarna gelap seperti hitam, perang gelap atau kelabu gelap terutama untuk wanita yang berbadan gempal. 

Warna neutral seperti perang muda (seperti gambar) digalakkan untuk wanita berangka kecil.

Sila "SHARE" supaya semua wanita di luar sana mendapat manfaat dari perkongsian ini.

3 comments

Lynda Che Lah said...

Nasib baik betul pakai..hehe

shazillahsani.com said...

tips ang menarik...boleh cuba praktikkan...hihihi

titan said...

yang penting, aurat masih jaga dan tak nampak bekas seluar dalam.

kalau tak, tak lulus untuk dibeli.

GreenAppleKu.com. Powered by Blogger.