Rezekikan ketentuan Allah. Keep calm.



Selepas delivery brownies ke KeensDelectare (rakan collaboration untuk bisnes kecil aku) aku terus pecut ke petrol pam Petron. Aku suka isi kat situ sebab boleh kumpul mata untuk tukar dengan petrol percuma. Rasanya dah 3 kali aku tebus. Zaman petrol naik setiap minggu ni, besar manfaat juga bila dapat petrol percuma. 

Lagi satu sebab aku suka isi di Petron Bayan Baru ni, sebab sebelah Petron ada Giant. Tak ke makin bertambah jimat aku. 

Niat aku sejak dari awal lagi, selepas selesai urusan delivery, isi petrol dan terus ke Giant untuk beli kapas muka, minyak wangi untuk hero remaja dan serum untuk aku. Lepas parking kereta, Guardian adalah lokasi pilihan.

Wah, ada sales la sempena krismas. Cantik deko dalam Guardian. Terasa kemeriahan. Macam aku pula nak raya kan. Yana dan Yaya laju je jalan sambil pegang tangan Hud. Ahh, konfem kena getah juga aku nanti. 

Dan seperti yang dah aku duga, niat asal nak beli 3 barang, dah jadi kepada beberapa barang. Disebabkan barang yang di minta memang dah nak habis, aku luluskan. Aku didik anak-anak aku jika guna sesuatu barang, guna sampai habis. Jangan buat koleksi dua apatah lagi tiga untuk benda yang sama.

Dari Guardian kami melangkah ke Food Court untuk lunch. Menu, Mi Hot Plate. Komen adik lelaki aku yang foodie, Sizzling Yee Mee di Giant Bayan Baru antara yang tersedap yang pernah dia makan. Dan bagi aku, memang win la rasa Yee Mee ni. 

Keluar dari Giant, dah pukul 4 petang. Sampai di simpang empat berhadapan dengan hospital Pantai, aku terkejut sebab jalan agak lengang. Selalunya waktu ni, nak nak pula hari minggu konfem sesak. 

"Yana, mungkin semua dah keluar dari Penang sebab bercuti kot." Yaya yang nak masuk darjah 5 tahun depan buat andaian.

"Malam ni kan ada makan malam sebelum krismas. Sure ada turkey panggang, lamb grill with black paper sos dan macam-macam lagilah."

"Lapar pula la bila Yana sebut semua tu." 

"La, kan tadi kita baru makan. Perut hang ada cacing ni." 

Muka happy anak-anak. Bila masa pula korang selfie ni. 

Dan aku, sambil fokus pada pemanduan, sambil layan lagu. Mengubati hati yang lara. Keluar sekejap je dah berpuluh ringgit terbang. Takpe, rezekikan ketentuan Allah. Adalah nanti untuk anak-anak. Keep calm.

Kadang ku mahu, kadang tak mahu 
Kadang ku rindu, kadang tak rindu 
Kadang ku cinta, kadang tak cinta 
Kamu...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!