Resepi Brownies Walnut.



Perkongsian resepi daripada Bapa Brownies Kebangsaan, Khairul Hakimin Muhammad. Aku dah cuba dan alhamdulillah menjadi. Gambar perkongsian di bawah adalah dari facebook Khairul Hakimin Muhammad. 

Gambar daripada aku kat atas tu. Dan selain menulis di blog, aku jual brownies. Berkolaborasi bersama owner KeensDelectare.  

Bahan-bahannya.

250gm Dark Choc Compound
80gm Milk Choc Compound
250gm butter
180gm tepung gandum
250gm gula halus (aku tukar gula perang)
80gm serbuk koko
1/2 cawan walnut (cincang kasar)
4 biji telur gred A. 
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanilla.

Cara-caranya.

1. Kau mesti ada tiga bekas. Satu untuk bahan double boil (choc compound, butter). Satu untuk bahan basah (telur, gula, esen vanilla) dan satu lagi untuk bahan kering (tepung, serbuk koko, serbuk penaik, walnut). Kau timbang dan sediakan semua ni terlebih dahulu. Ini akan buat kerja kau fefeeling chef. Dan lebih sistematik. Tak lah berkecah dapur nanti.

2. Okay, mula- mula double boilkan dark choc, milk choc dan butter. Biarkan cair. Sementara nak tunggu cair, kau boleh sediakan bahan lain. Selalunya aku akan mix bahan basah sementara tunggu bahan double boil ready. Bila dah cair, kacau dan tutup api. 

3. Ambil bekas bahan basah (gula perang, telur dan esen vanilla) Pukul sehingga gula hancur sepenuhnya. Aku guna hand mixer. Kalau kau rajin, kau boleh juga kacau guna whisk.

4. Bila gula dah hancur, masukkan bahan double boil tadi. Kali ni kau kena whisk sebati. Tanda dah sebati, adunan akan jadi berat.

Walnut yang dah dicincang kasar

5. Masukkan bahan kering (tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik, walnut yang dah dipotong kecil) Walnut kau asingkan sedikit untuk tabur atas brownies nanti. Kaub balik guna spatula. Kaub dari bawah ke atas. Kaub balik sehingga likat. Sila ikut arahan tuan Hakimin Muhammad.

Tabur sedikit walnut biar lawa.

6. Sediakan loyang 8x8. Kau akan dapat dua bekas untuk satu adunan ni. Lapik loyang dengan kertas minyak. Tuang separuh adunan sebab dia akan naik berganda. Tabur sedikit walnut kasi lawa

7. Bakar dalam ketuhar yang dah dipanaskan 16 minit terlebih dahulu. Suhu 180', 35minit, api atas bawah. Atau ikut oven masing-masing. Sebab lain oven, lain perangainya.

8. Dah 35 minit, kau keluarkan dan cucuk. Kalau bersih tandanya dah masak. Masa ni belum berkedut. Tunggu sejuk baru akan timbul kedutnya.

Dah sejuk dan berkedut.

Senang saja nak buat brownies ni. Mula-mula nak buat sahaja kau akan rasa seram sejuk. Lepas tu, kau akan berkata, 

"Eh, senangnya nak buat brownies! "

Happy baking uolls. 

7 ulasan:

  1. sedapnya brownies ni! rasa macam errmmm, sedapnya kalau ada dalam mulut skrg ni. hehe

    BalasPadam
  2. tak pandai baking.. tp mungkin boleh cuba ni

    BalasPadam
  3. Sedapnyaa lama tak makan, ritu beli dekat membe rasa tngiang ngiang lagi sampai sekarang. Pasni try buat sendiri laa (tapi pemalas sebenarnya)

    BalasPadam
  4. Laaa senang je. Selalu order je sebab fikir nak buat brownies nie cerewet.

    BalasPadam
  5. alololoh..comell je kedut dia. Mahal tu ponya kedut.. thanks beri resipi mudah ni..nak buat jugak nnt

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!