Semoga rahmat dan redha Allah sentiasa ada untuk semua.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Makanan Paling Baik Hasil Usaha Sendiri

عَنْ الْمِقْدَامِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا قَطُّ خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ وَإِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ يَأْكُلُ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ

Dari Al Miqdam RA dari Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada seseorang yang memakan satu makanan pun yang lebih baik dari makanan hasil usaha tangannya (bekerja) sendiri. Dan sesungguhnya Nabi Allah Daud AS. memakan makanan dari hasil usahanya sendiri." . (HR Bukhari No: 1930) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Makanan paling baik yang kita makan adalah datang dari hasil usaha kita sendiri.

2.  Pekerjaan dari hasil usaha dan penat jerih seseorang yang halal dan bersih adalah lebih baik dan barakah walaupun sedikit.

3.  Apa sahaja hasil usaha seseorang mencari nafkah untuk diri dan ahli keluarga di bawah tanggungannya adalah menjadi sedekah buatnya. Hadis Nabi SAW:

عَنْ الْمِقْدَامِ بْنِ مَعْدِيكَرِبَ الزُّبَيْدِيِّ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا كَسَبَ الرَّجُلُ كَسْبًا أَطْيَبَ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ وَمَا أَنْفَقَ الرَّجُلُ عَلَى نَفْسِهِ وَأَهْلِهِ وَوَلَدِهِ وَخَادِمِهِ فَهُوَ صَدَقَةٌ

Dari Al Miqdam bin Ma'dikarib Az Zubaidi dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: "Tidak ada yang lebih baik dari usaha seorang laki-laki kecuali dari hasil tangannya (bekerja) sendiri. Dan apa sahaja yang dinafkah oleh seorang laki-laki kepada diri, isteri, anak dan pembantunya adalah sedekah."  (Sunan Ibnu Majah No: 2129) Status: Hadis Sahih.

20hb Disember  2017
01hb Rabiul Akhir 1439H


Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama