Solat Dhuha dua rakaat menganti seluruh sedekah ruas tukang.


Kredit to Google


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Solat Dhuha Dua Rakaat Mengganti Seluruh Sedekah Ruas Tulang

عَنْ أَبِي ذَرٍّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

Dari Abi Zar RA dari Nabi SAW, seungguhnya bersabda Rasulullah SAW: pada pagi hari diwajibkan bagi seluruh ruas tulang di antara kalian untuk bersedekah. Setiap bacaan tasbih adalah sedekah, setiap bacaan tahmid adalah sedekah, setiap bacaan tahlil adalah sedekah, dan setiap bacaan takbir juga adalah sedekah. Begitu pula amar maaruf (mengajak kepada ketaatan) dan nahi mungkar (melarang dari kemungkaran) adalah sedekah. Ini semua boleh diganti dengan melaksanakan solat Dhuha sebanyak 2 rakaat” (HR. Muslim No:  1181) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap ruas tulang kita perlu melakukan sedekah setiap hari bermula dari matahari terbit melalui pelbagai amalan antaranya melalui:

a.  bacaan tasbih

b.  bacaan tahmid

c.  bacaan tahlil

d.  bacaan takbir

e.  setiap perbuatan mengajak kepada kebaikan dan ketaatan dalam pelbagai relung

f.  setiap perbuatan melarang atau mencegah dari kemungkaran

2.  Kesemua amalan anggota badan tersebut boleh diganti dengan melaksanakan solat sunat Dhuha sebanyak 2 rakaat. 

3.  Menurut Ibnu Daqiq solat merupakan amalan semua anggota badan. Jika seseorang mengerjakan solat, maka setiap anggota badan menjalankan fungsinya masing-masing.

4.  Hadis ini adalah dalil yang menunjukkan tentang agung dan mulianya solat sunat Dhuha dan menunjukkan besarnya kedudukan solat sunat Dhuha hingga mampu menyaingi amalan zikir serta amar maaruf nahi mungkar.

Alangkah baiknya kesemua amalan di atas dapat dilaksanakan dan menjadi rutin harian setiap orang.


02hb Nov  2017
13hb Safar 1439H

Ulasan

Catatan Popular