Semoga rezeki anak-anak korang semua  sentiasa dimurahkan

Pengalaman aku sendiri yang ada anak. Ada anak aku yang pernah dapat nombor 1 dalam kelas dan tingkatan. Sekaligus merangkul pelajar terbaik dalam subjek itu dan ini. Dan di angkat sebagai pelajar contoh untuk tahun tersebut.

Seorang lagi, ketika darjah 6, di tempatkan di kelas bukan favorite mak ayah. Namun keputusan UPSR buat dia terselit bergambar bersama pelajar berkeputusan cemerlang. Aku sekolahkan di sekolah aliran biasa sebab sama sekolah dengan kakaknya dan senang aku nak pantau dan menyinga jika mereka tersilap langkah.

Ada anak aku yang tak cemerlang A tapi bab kemas rumah, kalah kakaknya. Dia jugalah anak yang mula-mula tanya itu ini saat aku mengigil ketika demam.

Bagi aku, biar apa jua level kepandaian anak, pengetahuan agama kena A++ dalam diri mereka. Mereka perlu tahu ada Allah yang mengetahui, memerhati bila kita jauh dari mereka. Terutama bab solat awal waktu. Bercouple itu haram. Tipu mak ayah itu salah. Hormat guru. Jaga akhlak. Kerana pengaruh negatif rakan sebaya amat kuat. Kalau anak jiwa rapuh dan tak tahu nak tepis hasutan, memang akan termakan juga hasutan mahupun cabaran rakan negatif.

"Kau ni, muka saja lawa tapi takde boypren. Tak laku."

Itu ayat yang keluar dari murid sekolah menengah zaman sekarang. Dari sini, tanpa info bab couple demi info untuk anak jika kau tak cerita, anak akan mula pandang diri dia kekurangan sesuatu. Itu baru perang mulut bab couple. Kalau bab rokok, lain pula debatnya.

"Tak merokok bukan jantan!"

Aku pula rasa nak suruh budak tersebut baca tahiyat awal dan tahiyat akhir secara live masa perhimpunan sekolah. Nak tahu juga tahap mana jantannya. Sebab ada yang surah Alfatihah pun masih merangkak bacaan walaupun dah tingkatan 4!

Raikan anak seadanya. Agar tiada hati yang terguris. Anugerah Allah ini ada 'special' yang tersendiri. Jangan letih untuk nasihat, bercerita, share bab how to be manusia yang baik akhlak dan jaga agama. Bila ada perkara negatif lalu untuk menghasut, mereka tahu bagaimana nak tepis dan abaikan. Masih ingat nasihat kita ketika nak buat keputusan.

Bukan mudah nak didik anak tapi inilah cabaran dan amanah untuk mereka yang bergelar mak ayah.


Eiza Greenappleku

4 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. benar kata kak eiza...bagus sekali cara mendekati anak tu...cabaran ibu bapa zaman kini.

    BalasPadam
  2. sangat sangat betul. yg penting bab agama itu no 1. bukan nya mesti jadi ustaz/ustazah.. tapi yg asas itu WAJIB

    BalasPadam
  3. Betul tu. Bab agama kena nombor satu. Bila anak sedar hidup ada Tuhan, insya-Allah lega hati kita nak lepaskan dia ke mana-mana. Tak banyak A pun takpe, tahu lah dia nak survive. Kan Tuhan mahu kita buat yang terbaik.

    Kalau hidup tak sedar ada Tuhan, itu yang menakutkan.

    BalasPadam
  4. Gigil jugak nak hadapi anak2 sekolah so mak pak xleh down bila anak down .. kne jd penguat semangat

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama