Kredit to Google

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pemimpin Yang Menipu Rakyat

مَعْقِلَ بْنَ يَسَارٍ الْمُزنِيَّ قَالَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

Ma'qil bin Yasar al-Muzani berkata, Sesunguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa diberi amanah oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan Syurga keatasnya. (HR Muslim No: 203) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Amanah adalah modal paling besar dalam melaksanakan kewajipan kepimpinan.

2.  Kejujuran pemimpin melaksanakan amanah adalah dituntut.

3.  Pemimpin atau ketua sewajarnya menunjukkan kejujuran melaksanakan amanah dalam kepimpinan untuk dijadikan contoh dan ikutan kepada rakyat atau pekerja di bawahnya daripada tukang sapu hinggalah pegawai tertingginya.

4.  Allah mengharamkan syurga kepada mana-mana pemimpin yang menipu rakyat atau pekerja, menzalimi atau memudaratkan mereka. 

5.  Ibnu Bathal berkata:  “Ini adalah ancaman keras terhadap para pemimpin zalim yang menyia-nyiakan amanah yang diberikan Allah kepada mereka, atau mengkhianati rakyat, atau menzalimi mereka, sehingga dia dituntut kerana menzalimi rakyat pada hari kiamat”. 

6. Sebagai pemimpin, ketua, pegawai, sama ada di peringkat tertinggi Negara mahupun dalam sebuah organisasi kecil perlu bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab kepimpinan bukan menipu rakyat atau orang bawahan.

7. Milikilah sifat kepimpinan yang kompeten dan berintegriti ke arah pembentukan negara  yang dirahmati Allah.

14hb Okt  2017
23hb Muharam 1439H



Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama