Sunat bertakbir 9hb Zulhijjah hingga 13hb Zulhijjah.



PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sunat Bertakbir 9hb Zulhijjah Hingga 13hb Zulhijjah

عَنْ عَلِيِّ وَعَمَّارٍ رضي الله عنهما أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُكَبِّرُ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ صَلاةَ الْغَدَاةِ ، وَيَقْطَعُهَا صَلاةَ الْعَصْرِ ، آخِرَ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ

Daripada Ali dan Ammar RA: Sesungguhnya Nabi SAW bertakbir pada hari Arafah (9hb Zulhijjah) selepas solat Subuh dan memberhentikannya selepas solat Asar hari Tasyriq yang akhir (13hb Zulhijjah). (HR al-Hakim  No: 1111) Status : Isnad Sahih

Pengajaran:

1.  Bagi yang tidak mengerjakan haji, takbir raya bagi hari raya Eidul Adha bermula daripada Subuh 9hb Zulhijjah sehingga waktu Asar hari Tasyriq yang terakhir (13hb Zulhijjah) berdasarkan pendapat Imam al-Nawawi yang dipilih dalam Kitab al-Tashih, al-Majmuk, al-Azkar (Asah) dan Raudhah al-Talibin (Azhar). 

2.  Takbir Muqayyad adalah takbir yang dilafazkan mengiringi solat sama ada solat fardu, sunat, tunai, qada’ dan solat jenazah. 

3.  Sunat terus bertakbir sebaik sahaja selesai solat setiap solat bermula pagi 9hb Zulhijjah sehingga selepas solat Asar 13hb Zulhijjah. 

4.  Sunat mengkemudiankan zikir selepas takbir muqayyad.

Eloklah kita melaksanakan takbir khususnya selepas solat waktu disepanjang 09hb hingga waktu asar 13hb Zulhijjah.
  
02hb Sept  2017
11hb Zulhijjah 1438H


Ulasan