YARRA Moisturizer X Tra C.



Niat awal aku sekadar nak cari primer / makeup base. Google punya google terjumpa Yarra. Menurut google, Yarra ni selain melembapkan wajah, ia juga berfungsi sebagai primer / makeup base dan skin repairing! Okay terus jatuh cinta seminit. 

Sebab aku suka guna produk yang jenis treatment and care ni. Sambil moistkan kulit, makeup kekal cantik dan kulit muka terawat. 3 dalam 1. Next aku YouTube untuk lihat tekstur dan ianya dalam bentuk gel berwarna orange jernih. Aku harap ianya benar-benar jenis cepat meresap ke kulit dan tak melekit.

Datang dalam saiz 50ml dan 100ml serta harga mampu milik. Setelah baca manfaat lain yang ada pada Yarra, aku ambil keputusan untuk cuba saiz 50ml dahulu. Kalau tak sesuai taklah ralat sangat.

Dan sekarang, dah masuk tiub ke dua aku bersama Yarra. Haaa, lamakan jodoh aku dengan Yarra. Sebab apa? Sebab ianya berkesan merawat kulit wajah aku yang sebelum ini sedikit bermasalah. Tak seperti krim sebelum Yarra. Bila sapu, ia cover semua masalah kulit. Lepas cuci bersih wajah, masalah kulit tetap ada. Rasa kecewa tahap down.

Gel Yarra memang cepat meresap ke kulit selepas di sapu. Sejuk je kulit. Makeup pun tahan lama. Flawless. Di bawah ni aku share manfaat lain yang ada pada Yarra. ^_^

Membantu untuk merawat kulit yang bermasalah

Anti Jerawat

Memudarkan Jeragat

Menjadikan kulit lebih flawless 

Menyerlahkan kecantikan kulit

Anti-aging serta wajah akan kelihatan muda remaja

Merawat luka

Menghalang sinar UV yang berlebihan

Mencerahkan kulit

Menjadikan kulit lebih licin dan tegang

Menghilangkan masalah ruam, kudis, panas, kurap serta kulit berminyak

Kulit akan lebih lembap

Mencegah masalah kulit kering

Tambah nutrisi dalam kulit

Parut akan hilang jika digunakan secara konsisten

Mengecilkan pori yang terbuka

Mengurangkan minyak

Mengecutkan jerawat dengan pantas

Menghilangkan masalah eyebag / lingkaran gelap bawah mata





Ulasan

Self-Rewards

NetKL Network

Catatan popular daripada blog ini

CERPEN : NAFAS CINTA INSYIRAH

D'FOLIA MENJADIKAN WANITA LEBIH BERSERI DARI DALAM

AYAH GAY MALAS BEKERJA

DATO' HARON DIN, PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA'