Kredit to Google

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Solat Sunat Hari Raya Aktiviti Pertama

عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أَوَّلَ مَا نَبْدَأُ بِهِ فِي يَوْمِنَا هَذَا نُصَلِّي ثُمَّ نَرْجِعُ فَنَنْحَرُ فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ أَصَابَ سُنَّتَنَا وَمَنْ ذَبَحَ فَإِنَّمَا هُوَ لَحْمٌ قَدَّمَهُ لِأَهْلِهِ لَيْسَ مِنْ النُّسُكِ فِي شَيْءٍ

Dari Al Barra` bin 'Azib dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Pekerjaan yang mula-mula kita lakukan hari ini ialah solat. Sesudah solat, kita pulang lalu menyembelih korban. Siapa yang melakukan seperti itu, sesungguhnya dia melaksanakan sunnahku dengan tepat. Namun siapa menyembelih korban sebelum solat ied, itu hanya merupakan daging yang biasa diberikan kepada keluarganya, dan tidak merupakan korban sama sekali." (HR Muslim No: 3627) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Perkara pertama yang perlu dilakukan pada pagi hari raya eidul adha ialah bersegera menuju ketempat solat sunat hari raya dilaksanakan seperti masjid, surau atau kawasan yang sesuai.

2.  Ibnu Hajar dalam Fathul Bari: Hal ini menjadi dalil bahawa setiap orang tidak boleh menyibukkan diri dengan aktiviti lain di pagi hari raya edul adha kecuali bersiap dan bersegera untuk solat sunat hari raya.

3.  Selepas solat sunat hari raya dilaksanakan, baru penyembelihan korban dijalankan seperti mana sunah yang dilaksanakan oleh Nabi SAW.

4.  Sesiapa yang menyembelih binatang korban sebelum solat sunat hari raya, ia tidak menjadi ibadah dan tidak mendapat ganjaran ibadat korban.
  
24hb Ogos  2017
02hb Zulhijjah 1438H


Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama