Muazin diberi kedudukan istimewa di akhirat.



بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Muazin Diberi Kedudukan Istimewa Di Akhirat

عَنْ طَلْحَةَ بْنِ يَحْيَى عَنْ عَمِّهِ قَالَ كُنْتُ عِنْدَ مُعَاوِيَةَ بْنِ أَبِي سُفْيَانَ فَجَاءَهُ الْمُؤَذِّنُ يَدْعُوهُ إِلَى الصَّلَاةِ فَقَالَ مُعَاوِيَةُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْمُؤَذِّنُونَ أَطْوَلُ النَّاسِ أَعْنَاقًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Dari Thalhah bin Yahya dari pamannya dia berkata, "Saya berada di samping Mu'awiyah bin Abi Sufyan, lalu datanglah muazzin yang menyerukan solat, maka Muawiyah berkata, 'Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Para muazzin adalah orang yang paling panjang lehernya (mereka mulia) pada hari kiamat'. (HR Muslim No: 580) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Islam mensyariatkan azan sebagai pemberitahuan masuknya waktu solat fardu dan menyeru orang Islam bersama menunaikannya.

2.  Mengikut pendapat yang rajih dalam kalangan mazahab Hanafi, Maliki dan Syafei, hukum azan apabila masuk waktu solat ialah sunat muakkad.

3.  Muazzin diberikan kelebihan, kemuliaan dan keistimewaan pada hari Kiamat.

Beruntunglah mereka yang menjadi muazin yang diberikan keistimewaan di hari Kiamat nanti.

07hb Ogos  2017
14hb Zulkaedah 1438H


Ulasan

Self-Rewards

NetKL Network

Catatan popular daripada blog ini

CERPEN : NAFAS CINTA INSYIRAH

D'FOLIA MENJADIKAN WANITA LEBIH BERSERI DARI DALAM

AYAH GAY MALAS BEKERJA

DATO' HARON DIN, PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA'