Haji wajib sekali seumur hidup.


Kredit to google

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Haji Wajib Sekali Seumur Hidup

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ فَرَضَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ الْحَجَّ فَحُجُّوا فَقَالَ رَجُلٌ أَكُلَّ عَامٍ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَسَكَتَ حَتَّى قَالَهَا ثَلَاثًا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ قُلْتُ نَعَمْ لَوَجَبَتْ وَلَمَا اسْتَطَعْتُمْ ثُمَّ قَالَ ذَرُونِي مَا تَرَكْتُكُمْ فَإِنَّمَا هَلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ بِكَثْرَةِ سُؤَالِهِمْ وَاخْتِلَافِهِمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ فَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِشَيْءٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَإِذَا نَهَيْتُكُمْ عَنْ شَيْءٍ فَدَعُوهُ

Dari Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW menyampaikan khutbah kepada kami seraya bersabda: "Wahai sekalian manusia, Allah telah mewajibkan atas kalian untuk menunaikan ibadah haji. Kerana itu, tunaikanlah ibadah haji." Kemudian seorang laki-laki bertanya, "Apakah setiap tahun ya Rasulullah?" Nabi diam, hingga laki-laki itu mengulanginya hingga tiga kali. Maka baginda pun bersabda: "Sekiranya aku menjawab, 'Ya' nescaya akan menjadi kewajiban setiap tahun dan tentu kalian tidak akan sanggup melaksanakannya. Selanjutnya Nabi SAW bersabda: tinggalkanlah apa yang aku tinggalkan (tidak menyuruh) pada kalian, sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kamu dahulu adalah banyaknya pertanyaan mereka dan suka berdebat (menentang) para Nabi mereka. Apabila aku memerintahkan kamu mengerjakan sesuatu, laksanakanlah mengikut kemampuan kamu sekalian, dan apabila aku melarang kalian mengerjakan sesuatu, maka tinggalkanlah segera." (HR Muslim No: 2380) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Ibadat Haji hanya diwajibkan sekali sahaja seumur hidup kepada setiap Muslim yang berkuasa (sihat dan aman) dan memiliki kemampuan (wang dan keperluan).

2.  Laksanakanlah apa sahaja perintah Nabi SAW dan tinggalkan apa yang tidak diperintahkan.

3.  Umat terdahulu binasa kerana banyak bertanya dan suka menentang (berbantah) terhadap para Nabi mereka.

4.  Laksanakanlah segala yang diperintahkan mengikut kemampuan kita dan berusaha bersungguh-sungguh serta segera untuk meninggalkan sesuatu yang dilarang.

5.  Islam itu agama yang mudah, tidak membebankan penganutnya dari melakukan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh seseorang. 

Usahakanlah persediaan untuk mengerjakan ibadah haji bagi mereka yang belum menunaikannya dari segi wang ringgit dengan menabung.

 
13hb Ogos  2017
20hb Zulkaedah 1438H

Ulasan