PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Haji Mabrur

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّةُ

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Ibadah umrah ke ibadah umrah berikutnya adalah penggugur (dosa) di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan (bagi pelakunya) melainkan syurga” (HR Bukhari No:1650) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Ibadat umrah memiliki keutamaan antaranya dapat menggugurkan dosa-dosa (tidak termasuk dosa besar) antara umrah ke umrah berikutnya.

2.  Ibadat haji memiliki keutamaan dimana haji yang mabrur (baik) akan mendapat balasan syurga.

3.  Haji yang mabrur mengikut Ibnu Abdil Barr: adalah haji yang tidak bercampur dengan perbuatan riya’ (ingin dipuji dan dilihat orang), sum’ah (ingin didengar oleh orang), rafats (berkata-kata keji dan kotor,  kata-kata yang menimbulkan berahi atau melakukan hubungan suami isteri ketika ihram), fusuq (berbuat kefasikan dan kemaksiatan), dan dilaksanakan dari harta yang halal.

4.  Haji yang mabrur juga bermaksud ibadat haji lakukan dengan penuh kesungguhan dan akhlak yang mulia serta dengan sikap tawadhu’ (rendah hati) sepanjang ibadat dilaksanakan dalam semua keadaan dan situasi serta sentiasa menyibukkan diri dengan memperbanyakkan zikir, takbir, tasbih, tahmid dan istighfar. 

Tiada ganjaran terbaik daripada haji yang mabrur melainkan balasan syurga.

Semoga para jemaah haji mendapat haji yang mabrur.
 
15hb Ogos  2017
22hb Zulkaedah 1438H


1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama