Berilmu untuk memahami agama.



1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berilmu Untuk Memahami Agama

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ  قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ

Dari Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa dikehendaki Allah untuk mendapat kebaikan, maka Allah akan memberikan pemahaman kepadanya tentang agama." (HR Ibnu Majah No: 216) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Allah yang menganugerahkan  kebaikan pada sesiapa yang dikehendaki.

2. Satu daripada ciri orang yang mendapat kebaikan ialah ia menjadi orang yang faqih atau memperoleh kefahaman terhadap agama menerusi al-Quran dan hadis  yang didasari dengan kebersihan hati dan aqidah yang sahih.

3. Faqih juga bermaksud memahami agama dengan ilmu yang benar dan sahih. 

4. Berusahalah kita menjadi orang yang taat kepada perintah Allah dengan ilmu dan berusaha memahami agama ini dengan pemahaman berdasarkan al-Quran dan hadis.

03hb Ogos  2017
10hb Zulkaedah 1438H


Ulasan