Hak muslim ke atas muslim.




1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Hak Muslim Keatas Muslim

أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ

Dari Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda: “Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain itu ada enam: (iaitu) apabila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya, apabila dia meminta nasihat kepadamu, nasihatilah dia, apabila dia bersin lalu mengucapkan Alhamdulillah, doakan dia (dengan mengucapkan Yarhamukallah), apabila dia sakit, jenguklah dia, dan apabila dia meninggal, iringilah jenazahnya.” (HR. Muslim 4023) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Hak muslim sesama Muslim ada enam:

a.  Apabila bertemu hendaklah mengucapkan salam

b.  Apabila diundang atau dijemput kenduri hendaklah pergi memenuhi undangan jika tiada aral menghalang

c.  Apabila ia meminta nasihat, hendaklah kita memberi nasihat yang diperlukan

d.  Apabila dia bersin lalu mengucapkan Alhamdulillah, maka hendaklah didoakan dia (dengan mengucapkan Yarhamukallah)

e.  Apabila mereka sakit, ziarahilah mereka untuk bertanya khabar dan mendoakan

f.  Apabila mereka meninggal dunia, usahakan untuk menziarahi dan mengiringi jenazahnya hingga ke kubur 

Marilah kita tunaikan hak saudara Muslim yang lain.

20hb Julai  2017
26hb Syawal 1438H


Ulasan

Self-Rewards

NetKL Network

Catatan popular daripada blog ini

CERPEN : NAFAS CINTA INSYIRAH

D'FOLIA MENJADIKAN WANITA LEBIH BERSERI DARI DALAM

AYAH GAY MALAS BEKERJA

DATO' HARON DIN, PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA'