Dosa yang dipercepatkan balasan.



1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Dosa Yang Dipercepatkan Balasan

عَنْ أَبِي بَكْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ ذَنْبٍ أَجْدَرُ أَنْ يُعَجِّلَ اللَّهُ لِصَاحِبِهِ الْعُقُوبَةَ فِي الدُّنْيَا مَعَ مَا يَدَّخِرُ لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ الْبَغْيِ وَقَطِيعَةِ الرَّحِمِ

Dari Abi Bakrah RA, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada suatu dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya didunia oleh Allah kepada pelakunya di samping (azab) yang disimpan baginya di akhirat daripada zina dan memutus silaturahim. (HR Tirmidzi No. 2435) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Perbuatan zina dan memutuskan silaturahim adalah antara dosa besar yang perlu dijauhi

2.  Pelaku zina dan orang yang memutuskan silaturahim akan menerima azab di dunia dan di akhirat jika tidak bersegera memohon ampun dari Allah.

3.  Antara perbuatan dosa yang layak mendapat hukuman yang segera di dunia ialah pelaku zina dan orang yang memutuskan silaturahim.

4.  Hadis ini meletakkan kedudukan zina dan memutuskan silaturahim sebagai kesalahan yang sama berat.

Marilah kita berusaha menjauhi perbuatan zina dan sentiasa menghubungkan silaturahim.

10hb Julai  2017
16hb Syawal 1438H


Ulasan