Pelihara hak Muslim tanggungjawab Muslim.



1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pelihara Hak Muslim Tanggungjawab Muslim

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَخُونُهُ وَلَا يَكْذِبُهُ وَلَا يَخْذُلُهُ كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ عِرْضُهُ وَمَالُهُ وَدَمُهُ التَّقْوَى هَا هُنَا بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنْ الشَّرِّ أَنْ يَحْتَقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ

Dari Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Seorang muslim itu saudara bagi seorang muslim, dia tidak mengkhianatinya, tidak berdusta kepadanya juga tidak boleh merendahkannya. Seorang muslim itu haram atas muslim lainnya untuk mengganggu kehormatannya, hartanya dan tidak pula menumpahkan darahnya. Takwa itu berada di sini (dada), cukuplah dalam hati seseorang itu ada keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim." (HR Tirmizi No: 1850) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain

2.  Seorang Muslim perlu menjaga hak Muslim yang lain dengan:

a.  Tidak mengkhianatinya
b.  Tidak berdusta kepadanya
c.  Tidak merendahkannya.

3.  Seorang muslim itu haram  memperlakukan sesuatu yang buruk keatas muslim yang lain:

a.  Mengganggu kehormatannya
b.  Merosakkan hartanya
c.  Menumpahkan darahnya.

4.  Takwa itu sesuatu yang terhunjam di dada

5.  Apabila seorang Muslim menghina saudara muslim yang lain, bererti di dalam hatinya ada keburukan

Marilah kita memelihara hak saudara Muslim yang menjadi tanggungjawab kita.

21hb Mei  2017
24hb Syaban 1438H


Ulasan