Membebaskan kesulitan hutang orang lain


1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Membebaskan Kesulitan Hutang Orang Lain

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَانَ الرَّجُلُ يُدَايِنُ النَّاسَ فَكَانَ يَقُولُ لِفَتَاهُ إِذَا أَتَيْتَ مُعْسِرًا فَتَجَاوَزْ عَنْهُ لَعَلَّ اللَّهَ أَنْ يَتَجَاوَزَ عَنَّا قَالَ فَلَقِيَ اللَّهَ فَتَجَاوَزَ عَنْهُ

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Ada seorang laki-laki yang mampu memberi pinjaman (hutang) kepada orang lain dan dia berpesan kepada muridnya; "Jika kamu datangi mereka untuk menagih (membayar) hutang tapi mereka dalam kesulitan maka bebaskanlah, sebab dengan begitu semoga Allah membebaskan kita (pada hari kiamat) ". Baginda bersabda: "Maka orang itu berjumpa dengan Allah Ta'ala lalu Allah membebaskannya (mengampuninya) ".(HR Bukhari No: 3221) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Saling membantu kepada orang yang memerlukan adalah suatu tuntutan mukmin.

2.  Orang yang memiliki kemudahan dan mampu memberikan pinjaman kepada orang lain adalah suatu amalan terpuji.

3.  Mukmin yang memberi kemudahan atau membebaskan hutang orang yang kesusahan untuk menjelaskan hutangnya, nescaya di hari akhirat Allah akan membebaskannya (mengampuni) dari dosa.

Berilah kemudahan kepada orang yang memerlukan.

08hb Mei  2017
11hb Syaban 1438H


Ulasan