Kanta Lekap



Minggu lepas aku ke Bukit Jambul Shopping Mall dengan niat nak beli kanta lekap. Dah tiba masa untuk tukar. Sebulan sekali aku mesti tukar kanta lekap yang 'fresh'. Jangan guna lebih dari tempoh had sepatutnya. Jika kanta lekap kau jenis daily, tukar daily. Jika jenis monthly, kau wajib tukar monthly. Optical shop pilihan aku jual pada harga berpatutan. Murah dan jika beli tiga kotak, kau hanya bayar pada harga seratus ringgit ke bawah. Tempat lain, ada yang harga buat mata aku terkejut. FreshKon. Jenama pilihan aku.

Selepas beli dan pakai, tiba-tiba pula anak aku yang sekolah menengah teringat nak beli corrections tape. Dah running low katanya. Benda alah ni antara peralatan tulis yang cepat habis. Harga pun boleh tahan mahal. Mydin ialah destinasi kami seterusnya kerana ada pelbagai brand. Dari famous brand seperti Papermate hinggalah brand dari China. Tinggal kau nak pilih ikut kemampuan poket kau sahaja. 

Aku? Dah tentu brand dari China yang aku pilih sebab kualiti A dan harga murah. Sekali beli mesti empat. Dua untuk Diyana dan dua untuk Daniel. Zaman aku sekolah menengah dulu, hanya pemadam pen dan liquid paper yang kau boleh bawa ke sekolah tanpa rasa bersalah. Zaman berubah, liquid paper dah di haramkan. Getah pemadam pen makan masa dan salah cara boleh rabak buku sekolah. Solusi paling cepat dan kemas ialah correction tape. 

Jejak sahaja kaki dalam Mydin, anak aku dah jerit, "Mama, nak baju raya!" 

"Ya Allah anak, puasa pun belum, kau dah nak baju raya?"

"Alah mama, boleh la. Kalau beli lambat, nanti saiz habis macam tahun lepas." Diyana dah laju ke bahagian baju perempuan. Yang lain laju sahaja tolak troli. Muka masing-masing ceria walau aku belum beri kata putus.

Ends up, anak-anak dapat bawa balik seorang sepasang baju raya, kuih kapit, correction tape dan beberapa barang lain. Mydin ada keluarkan kuih kapit dan masa aku beli, satu tin Milo besar lima belas ringgit. Sedap.

Moral yang aku dapat pada hari itu, adalah bahaya bawa anak-anak jika kau sekadar nak beli kanta lekap.

Salam Ramadhan untuk semua. Semoga Ramadhan kali ini dapat kita lalui dengan kesihatan yang baik. Jumpa lagi di next artikel. 




Ulasan

Sue Izza berkata…
hahahah anak2 pun nak shopping awal takut sesak ye,saya tak pandai pakai kanta lekap huhuu
GreenAppleKu.com berkata…
Anak-anak risau saiz habis je, bila dah bekenan satu baju tu, tiba-tiba saiz pula habis. Keciwa di jiwa mereka sue oii. Hahaha...