Sabtu, 15 April 2017

Kesusahan, keletihan, kesedihan dan kesakitan menghapuskan dosa.



1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kesusahan, Keletihan, Kesedihan dan Kesakitan Menghapuskan Dosa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW baginda bersabda: "Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan keletihan, kehawatiran dan kesedihan, dan tidak juga gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya." (HR Bukhari No: 5210)

Pengajaran:

1.  Setiap yang dihadapi oleh seseorang, sama ada berupa kesenangan mahupun kesusahan adalah ujian untuk melihat siapakah yang lebih baik amalannya di sisi Allah.

2.  Setiap muslim yang bersabar dan redha apabila diuji dengan penyakit dan keletihan, perasan bimbang dan kesedihan, gangguan mahupun  kesusahan, Allah akan menggantikan dengan keampunan terhadap dosa-dosanya. 

3.  Dosanya terampun walaupun kesakitan itu hanya akibat duri yang mencucuk atau melukakan anggota tubuh seseorang.

Marilah kita menghadapi kesusahan, kepayahan, kesedihan mahupun kesakitan dengan bersabar dan reda. Moga Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.


15hb April  2017
18hb Rejab 1438H


Tiada ulasan:

NetKL Network

Catatan Popular