Selasa, 11 April 2017

Bermuka-muka Amalan Paling Buruk



1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bermuka-muka Amalan Paling Buruk

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَجِدُونَ مِنْ شَرِّ النَّاسِ ذَا الْوَجْهَيْنِ الَّذِي يَأْتِي هَؤُلَاءِ بِوَجْهٍ وَهَؤُلَاءِ بِوَجْهٍ

Dari Abu Hurairah dan sanadnya sampai kepada Nabi SAW, baginda bersabda: "Kalian mendapati bahawa orang yang paling buruk di antara manusia adalah orang yang bermuka dua, datang kepada satu golongan dengan satu muka dan pada golongan yang lain dengan muka yang lain." (HR Ahmad No: 7039) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Orang yang paling buruk diantara manusia ialah yang memiliki sikap bermuka-muka

2.  Orang yang bermuka-muka adalah orang yang menyembunyikan apa yang ada di dalam hatinya ketika bertemu dengan seseorang atau sekelompok orang yang dia musuhi dengan mengatakan perkataan atau sikap yang berbeda dengan apa yang disimpan dalam hatinya. 

3.  Imam An-Nawawi: orang yang bermuka-muka adalah orang yang datang kepada satu kelompok dengan menampakkan seolah-olah dirinya berada di pihak mereka dengan memburukkan kelompok lain. Tetapi dalam waktu yang sama, dia juga datang kepada kelompok lain dan melakukan hal yang serupa (oportunis).

4.  Imam Al-Qurthubi: Sesungguhnya yang menyebabkan orang yang bermuka-muka ini menjadi buruk  adalah kerana keadaannya seperti orang munafik. Dia mudah melakukan perbuatan buruk dan dusta. Dia gembira melihat orang lain bermusuhan.” 

Moga Allah menjauhkan kita dari sifat bermuka-muka dan munafik.

11hb April  2017
14hb Rejab 1438H


Tiada ulasan:

NetKL Network

Catatan Popular