Jumaat, 7 April 2017

Allah Menyintai Sifat Lemah Lembut.



1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Allah Mencintai Sifat Lemah Lembut


عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَا عَائِشَةُ إِنَّ اللَّهَ رَفِيقٌ يُحِبُّ الرِّفْقَ وَيُعْطِي عَلَى الرِّفْقِ مَا لَا يُعْطِي عَلَى الْعُنْفِ وَمَا لَا يُعْطِي عَلَى مَا سِوَاهُ

Dari 'Aisyah isteri Nabi SAW bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Wahai Aisyah, sesungguhnya Allah itu Maha Lembut. Dia mencintai sikap lemah lembut. Allah akan memberikan pada sikap lemah lembut sesuatu yang tidak Dia berikan pada sikap yang keras dan juga akan memberikan apa-apa yang tidak diberikan pada sikap lainnya." (HR Muslim No: 4697) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Allah Maha Lembut kepada hambanya.

2.  Allah mencintai orang yang memiliki sikap lemah lembut sama ada dalam pertuturan, penulisan juga perbuatan.

3.  Sifat berlemah lembut dan bersantun akan melahirkan kasih sayang

4.  Allah tidak akan memberi sikap berlemah lembut kepada orang yang memiliki sikap keras.

5.  Sikap keras dan kasar akan menyebabkan orang menjauh dari kebenaran. Dalam berdakwah, Allah tetap memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun agar menasihati Firaun dengan lemah lembut. Allah Ta’ala berfirman,

فَقُولا لَهُ قَوْلا لَيِّنًا

“Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut.” (Thaha: 44)

Jom memiliki sifat berlemah lembut yang dicintai Allah. Berusaha menghindari sifat keras atau kasar dalam pertuturan mahupun penulisan.

07hb April  2017
10hb Rejab 1438H


Tiada ulasan:

NetKL Network

Catatan Popular