Rabu, 22 Februari 2017

Akhlak Timbangan Paling Berat Di Akhirat



1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Akhlak Timbangan Paling Berat Di akhirat

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ شَيْءٍ يُوضَعُ فِي الْمِيزَانِ أَثْقَلُ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ وَإِنَّ صَاحِبَ حُسْنِ الْخُلُقِ لَيَبْلُغُ بِهِ دَرَجَةَ صَاحِبِ الصَّوْمِ وَالصَّلَاةِ

Dari Abu Darda ia berkata; Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada yang lebih berat dalam timbangan daripada akhlak yang baik, dan sesungguhnya orang yang berakhlak baik akan mencapai darjat orang yang berpuasa dan solat." (HR Tirmizi No: 1926) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Akhlak adalah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang. Darinya akan melahirkan tindakan, perlakuan atau perilaku amalan.

2.  Rasulullah SAW diutus untuk menyempurnakan akhlak manusia.

3.  Timbangan ganjaran yang paling berat pada seseorang di akhirat nanti adalah akhlak yang baik.

4.  Kedudukan orang yang memiliki akhlak yang baik menyamai darjat orang yang berpuasa dan bersolat.

5.  Tidak bermanfaat solat dan puasa jika tidak disertai dengan akhlak terpuji.

Suburkanlah akhlak terpuji dalam diri kita agar ia menjadi pemberat timbangan amal di akhirat kelak.

22hb Februari  2017
25hb Jamadil Awal 1438H

Tiada ulasan:

IBUNDA'S DELIGHT

REWARD YOURSELF..