Selasa, 22 Disember 2015

Persiapan Kembali Ke Sekolah


Lebih kurang dua minggu dari sekarang, sekolah akan dibuka. Tak lama dah. Dan dalam minggu yang berbaki ni, mak ayah mula sibuk keluar masuk Mydin, Tesco, Giant, Longwan, Mr. D.I.Y, Bata, Hari-hari dan banyak lagi nama syarikat yang ada menyediakan kelengkapan kembali ke sekolah.

Dari awal bulan Disember lagi aku dah mula buat tinjauan harga kelengkapan ni. Rata-rata tempat yang aku tinjau, harga memang harga sakit jantung dan terbeliak biji mata yang memandang. Tak beli, baju, seluar dan kain sekolah anak semua dah singkat. Nak beli, harga mahal gila. Jadi sebagai mak ayah, kita kena buat tinjauan dan up status dalam fb untuk tau, mana tempat harga kelengkapan sekolah yang rendah. 

Aku? Syukur anak-anak jenis tak gila brand. Tak minta pun brand Canggih, Hello Kitty mahupun Frozen. Untuk pakaian, banyak lagi jenama lain yang kualiti kainnya lembut dan sejuk budak-budak pakai. Aku pernah terpandang satu jenama, siap buat promosi, beli satu percuma satu. Memang ramai mak ayah angkut brand tak popular tapi kualiti kain memang nombor 1.

Apa pula cerita korang? Sharelah dengan yang lain. Info kita ni amat berguna untuk mak ayah yang tengah pening kepala tengok harga barang. 

P/s : Ada tak Apps sebest Facebook untuk up status blog. Salah satu punca blog aku tersawang ialah aku tak jumpa lagi Apps untuk tablet yang fungsinya sebagus kita up status kat fb. Berkurun tunggu loading untuk buka log in. Dan akhirnya...

😂


Tiada ulasan:

IBUNDA'S DELIGHT

REWARD YOURSELF..