Jump Street Trampoline Park, Pulau Pinang



Pusat Rekreasi ini terletak di No,70, D'Piazza Mall, Jalan Mahsuri, Bayan Baru, Pulau Pinang. Waktu operasi dari jam 10;00 pagi hingga 10:00 malam.

Tak susah nak cari lokasi Pusat Rekreasi ini. Jika korang dari Spice Arena, bangunan ini berada di sebelah kanan korang. Betul-betul selepas lampu isyarat simpang empat. Paling tidak, korang Waze saje. :)

Baru-baru ini, pihak Jump Street Penang, telah memberikan kupon masuk percuma kepada beberapa sekolah menengah terpilih sekitar negeri Pulau Pinang. Dapatlah anak aku yang sekolah menengah ke Pusat Rekreasi tersebut dan menimba pengalaman ketika berada di situ. Aku? Aku lepak di luar bangunan melihat pelbagai kerenah pelajar dari pelbagai sekolah ketika mereka berada di sana.

Tiket masuk ke Pusat Rekreasi ini boleh tahan juga harganya. RM27 per hour. Korang boleh lawat FB mereka Jump Street Trampoline Park Penang, untuk lihat sendiri pelbagai gambar dan event yang telah diadakan. 


2 ulasan:

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!