My Instagram

Jerebu di Pulau Pinang



Bacaan terkini IPU jerebu untuk Pulau Pinang ialah 96. Semakin naik ke paras bahaya. Dan pada pendapat aku yang sering buat kerja luar, jerebu dah teruk. Sebelum ini aku boleh nampak dengan jelas kehijauan bukit bukau dan kebiruan awan di langit. Sekarang, tidak lagi. Kelabu dan asap di sana sini. Hingga aku dah rasa apa yang aku hidu sekarang ini adalah asap!

Esok, ke empat orang anak aku, tidak akan aku benarkan mereka ke sekolah. Dengan keadaan cuaca yang kering dan panas, ini boleh mengundang pelbagai penyakit. Kos rawatan perubatan bukannya murah. Dan bukan boleh claim balik pun.

Jaga kesihatan, minum banyak air dan kurangkan aktiviti di luar rumah. Selebihnya, tawakal kepada Allah. Semoga kita semua sentiasa ada dalam rahmatNya.


Tiada ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!