Super Mom! # Alat tulis


Perghh,

Ini pencil case untuk kali yang ke dua. Yang pertama, hilang tanpa dapat dikesan. Selalu saya set dalam kepala sebelum beli apa-apa alat tulis untuk anak, JANGAN BELI YANG MAHAL! Sebab?

Yang mahal, terutama yang ada gambar frozen, Ben 10, transformer, haa...jenis ini menarik minat pelajar lain dan kemungkinan untuk hilang amatlah cerah.

Yang mahal, terkilan juga jika hilang. Nak pula ibubapa yang anak ramai, rasa nak pitam bila tengok harga seunit pensil case!

Anak yang masih bersekolah rendah, nak nak pula yang tahap 1 (darjah 1-3) masih belum pandai menjaga alatulis sendiri. Jangan terkejut jika hari ni semua pencil, pemadam, pembaris semuanya ada. Balik sekolah, ada yang hilang. Bila di tanya,

"Tadi ada...."

Jangan marah, pesan baik-baik next time hilang, mama potong duit sekolah. InsyaAllah, berkesan.


2 ulasan:

  1. anak2 sek rendah (terutama yg djh1-3), kalo hilang alatulis tu, mmg perkara biasa. kekdg sy smpai tnya anak sy, "makan pemadam ke? makan pensil ke?" haha sebab baru bg hari ni, esok da hilang..huhu

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!