Novel Puja




Sorry gambar kurang memuaskan. Blurr sikit. Korang apa khabar? Di harap kehidupan korang sihat dan ceria sentiasa.

Musuh dalam selimut? Gunting dalam lipatan? Kawan makan kawan. Penggal kepala? Mistik? Pengorbanan? Persahabatan? Air dicincang tak kan putus? Hidayah Allah milik semua hambaNya?

Jika ini semua yang korang cari, aku cadangkan novel Puja. Aku kasi lima bintang kepada kak Maria Kajiwa. Seriously, aku habiskan novel ni, satu malam. Mula baca jam 10 malam, habis jam 3 pagi!

Gilakan. Memang gilalah bila aku mula baca Puja. Tak sedar masa berlalu. Jalan ceritanya buat aku nak baca dan baca dan baca...

Tahniah buat Novelis Maria Kajiwa. Jalan cerita kena dengan jiwa aku. Aku siap bayangkan novel ni dalam bentuk filem.


Sinopsis

400 tahun lalu, tujuh orang lelaki melarikan diri dari Pagar Ruyung ke tanah besar untuk memulakan penghidupan baharu. Satu kesilapan menjerumuskan mereka semua ke dalam satu perjanjian yang perlu diwariskan kepada keturunan mereka seterusnya. Sejak itu setiap kali ketua kampung berganti, tiga nyawa perlu dikorbankan kepada puaka sebuah batu. Jimmy dan Pak Salleh cuba memutuskan perjanjian berpuaka itu namun halangannya bukan semudah yang disangka. 

Khairul, pewaris ilmu puja yang masih ada bersumpah untuk mempertahankan puaka itu tidak kira apa pun taruhannya. Mampukah Jimmy memusnahkan puaka yang menghantui kampung halamannya? 

Berjayakah dia menyelamatkan nyawa ibu dan adik-adiknya yang telah dipilih untuk dijadikan korban ilmu puja itu?


0 Ulasan