Setiap daripada kita punya pelbagai kisah ketika kali pertama melangkah ke alam persekolahan. Begitu juga dengan aku. Masuk hari ni, dah dua hari sesi persekolahan bermula. Pelbagai gelagat dan ragam dapat aku lihat. Alhamdulillah, ke semua anak aku, kuat semangat dan gembira bila berada di sekolah. Tak ada adegan sedih, tangis pilu hatta meraung. Anak aku siap tanya, "Bila mama nak balik?" Erk! Tersentuh hati aku. 

Kepada mama daddy yang bakal mengalami this moment kelak, tenanglah ketika saat itu datang. Jangan kita pula yang sama naik hantu dengan gelagat anak yang adakalanya diluar jangkaan. Beri kata semangat dan be prepared dengan sebarang kemungkinan. Pastikan kelengkapan alat tulis dan buku sekolah dapat disediakan awal. 

Ada satu kes tu, sebab pensel warna anak tak nak ke sekolah. Sebab kawan-kawan ada, dia seorang sahaja yang tak ada. Mungkin perkara ini kita anggap kecik tetapi perkara yang kecik nilah besar kesannya dalam diri kanak-kanak.

Okay, sampai berjumpa lagi di lain artikel. Nak isi borang maklumat pelajar untuk empat orang anak. Boleh stress urat jari!




2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Wah... Ucap selamat memulakan persekolahan pada permata hati awak... :) such a cheerful mother do they have here...

    BalasPadam
  2. Amia, cheerful atau tak, pilihan terletak di tangan kita. Kan. Muah, muah...

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama