My Instagram

Tak kala selsema dan demam menyerang!


Bermula dengan selsema manja kemudian diikuti dengan demam. Dua penyakit ni, aku percaya kebanyakkan mama semua tak nak terkena. Nak nak pula, yang ada anak kecil. Tetapi kita hanya mampu merancang, Allah jugalah yang akan tentukan apa yang terbaik untuk kita. Kita sahaja yang ada kalanya 'syok sendiri' kononnya tahu, apa yang terbaik untuk kita!

Aku terus berdoa pada Allah semoga anak kecilku ini kuat antibodi dia. Dan semoga aku cepat-cepat sembuh. 100 plus, air kelapa, dan air suam. Semuanya aku teguk. Buah-buahan menjadi kudapan. Dengan harapan, cepatlah sejuk dan kembali normal suhu badanku. Baru aku perasan, sebelum ni aku memang kurang amalkan minum air dan makan buah-buahan secukupnya! Arghh, thank you Allah di atas ingatanMU ini.

Walaupun sakit, aktiviti untuk anak remaja aku sempena cuti sekolah tetap 'on'. Hantar dan ambil mereka seperti biasa. Aktiviti apa? Nanti kan cerita aku di artikel seterusnya.


Doakan aku semoga cepat sembuh ya.



4 ulasan:

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!