Ini adalah salah satu minuman yang akan aku beli tak kala tetiba rasa nak demam. Tetiba rasa macam nak selsema pun aku beli dan minum. Dan alhamdulillah, hilang rasa nak selsema dan rasa nak demam tadi. Aku dah buat testimoni dengan bahan diatas! Tapi, ada tapinya...

Kalau korang dah terkena demam mahupun selsema, makan masa jugalah nak sembuh dengan hanya minum 100plus. Seperti kes aku baru-baru ni, aku dah rasa dah aku nak selsema ni. Tetapi selamba je buat tak endah. Walhal dalam fikiran aku dok terbayang 100 plus. Hati berdegil, ahhh takde apa ni. Sikit je. Esok okay punyalah!

Celik je mata Subuh esok, peritnya tekak. Dan, haaaa cummm! Terimalah selsema dan lepas tu diikuti dengan demam. Rasa nak nyesal pun tak guna. Malam tu juga, sebelum tidur aku kena telan ubat selsema. Sebiji sehari. Aku pilih untuk telan malam. Ubat demam tak ambil, sengaja aku gantikan dengan 100plus, air kelapa dan air mineral. 

Aku masih ingat lagi pesanan Dr. Arbaai (isteri Dr. Daniel, penulis buku Quran Saintifik) bila demam, kita rasa panas. Rasa panas sebab badan kita kekurangan air. Cuba minum air lebih bila demam. InsyaAllah.

Tetapi kalau korang terkena demam jenis kategori heavy, baik ke klinik untuk dapat kan rawatan. Demam ni pun ada pelbagai jenis kan.

Alhamdulillah dan terima masih kepada yang doakan kesihatan saya. Benarlah, kesihatan lebih bernilai dari wang ringgit. Hargai dan peliharalah kesihatan diri korang ye. 


Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama