Bila Cinta Tak Lagi Padaku 2014



Semalam, aku dah plan nak tidur awal. Tetapi entahlah dimana silapnya, segar pula biji mata ni. Tak ada tanda-tanda mengantuk. Aku stalkerlah blog greenappleku. Best blog tu. hehe..

Tetiba aku terjumpa artikel ala-ala karya kreatif aku pada tahun 2011. Dah tiga tahun rupanya aku berangan dan mengasah bakat menulis. Hahaha..

Okay, semoga dengan penemuan bahan bersejarah ini, semangat aku semakin kuat untuk siapkan novel Single Forever Alone. Aku nak masukkan semua watak yang dah tiga tahun wujud dalam blog ni. Kalau korang rajin buat kajian, korang akan terjumpa, dua dan tiga karya kreatif aku yang tak siap. 

Up load kesabaran korang sepanjang berada di dalam blog aku ni. Senyum. Mempersembahkan,


BILA CINTA TAK LAGI PADAKU

Sila nyanyi kecil lagu Ressa Herlambang - Menyesal, ketika baca cerita ni untuk dapatkan feel. :)



“Eh!!! Sakitlah!” 
Jerit Lisa marah. Terkial-kial Lisa cuba melepaskan lengannya dari genggaman Farid.

"Tengok ni, habis renyuk lengan baju kurung. Penat tau i seterika semalam.” 

Lisa benar-benar kesal dengan tindakan Farid. Suka hati dia jer renyukkan hujung lengan baju kurung kegemaran Lisa.

“ Kalau ikutkan hati i, i koyak-koyakkan jer baju kurung tu. You ingat i tak tahu siapa yang berikan baju kurung ni pada you! Zack kan!” 

Kembang kempis lubang hidung Farid bernafas. Api kemarahan Farid semakin membara. Kecil jer di lihatnya Lisa yang berdiri sambil urut lengan baju kurung di hadapannya. 


Klik link dibawah untuk baca kesudahan artikel karya kreatif aku




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!